Hero Image

Sertai Sebagai Ahli FOI

Ahli FOI mendapat akses eksklusif ke acara yang berprestij dengan nama-nama besar dari pentas FOI, sesi bual bicara yang mencetus inspirasi dengan komuniti global, dan banyak lagi. Sebagai ahli, anda juga akan menerima sijil elektronik bagi setiap acara yang disertai

Sertai FOI
Saksikan pelbagai perkongsian menarik dari Institusi Pengajian Tinggi pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula jam 11.00 pagi di ruangan Acara Premier Laman Web FOI Pastikan anda melayari laman web FOI dan daftar masuk(login) sebagai ahli sewaktu tayangan premier untuk mendapatkan e-sijil bagi program/koleksi video yang ditonton Sila hubungi sekretariat menggunakan borang maklumbalas yang terdapat di website FOI untuk sebarang pertanyaan dan bantuan termasuk urusan sijil

Acara Premier

The Bricks - SISWANIAGA@USM


 

Tarikh: 28/09/2021
Masa: 11:00 AM
Huraian

The Bricks, Siswaniaga@USM merupakan satu projek transformasi Pasar Pelajar iaitu daripada sebuah tapak ...

The Bricks, Siswaniaga@USM merupakan satu projek transformasi Pasar Pelajar iaitu daripada sebuah tapak perniagaan pelajar konservatif kepada sebuah bangunan perniagaan eksklusif dengan ciri keselamatan terkini di semua pintu masuk merangkumi pengawasan  kamera litar tertutup 24 jam dan kemudahan bertaraf global yang direka khas hasil daripada wang kemenangan MoHE Entrepreneurial Awards (MEA)  2017 sebanyak RM300 ribu.

 

Menerima sentuhan rekaan dalaman daripada YBrs. Profesor Dr. Aldrin Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM; The Bricks menawarkan tiga ruang aktiviti iaitu Ole-Ole, D’Spot dan D’Meet yang bersinergi antara aktiviti keusahawanan, pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan sahsiah pelajar itu sendiri.

 

Ole-ole memperagakan produk jualan eksklusif berbentuk cenderamata yang dihasilkan oleh para pelajar, pensyarah, staf dan alumni USM. Antara cenderamata yang terdapat di sini adalah lukisan, barangan hiasan, barangan pejabat, barangan kecantikan, hiasan dapur, gajet, cokelat, terrarium serta tumbuhan hiasan dan pakaian dengan pelbagai rekaan unik yang hanya terdapat di sini.

 

D’Spot merupakan ruang strategik yang disediakan untuk galeria pameran. Berkedudukan di pintu masuk utama The Bricks, ruang pameran ini sudah tentu memberi impak tinggi kepada industri yang ingin mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka kepada para pengunjung. Selain kedudukan strategik dan pencahayaan yang baik, D’Spot turut menyediakan kemudahan pakej sewaan kabinet dan keperluan pameran dengan harga yang sangat berpatutan.

 

D’Meet telah direka khusus bagi pengajaran dan pembelajaran serta ruang berhimpun para cendiakawan melontarkan idea dan berkongsi ilmu.  Para pengunjung boleh menggunakan kemudahan media, siaraya berteknologi moden dan internet berkelajuan tinggi yang ditawarkan melalui pakej sewaan istimewa. Tidak ketinggalan, ruang ini juga boleh ditransformasi menjadi ruang santai. Perkhidmatan meja snooker bertaraf antarabangsa dan set karaoke dengan pilihan senarai lagu antarabangsa terkini turut boleh dilanggan.

 

Kesemua aktiviti di ketiga-tiga ruang ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar USM melalui Program Smart Mentoring and Entrepreneurship Training (SMART) yang mensasarkan Graduan Usahawan. Usahawan Pelajar yang menyertai program ini dibimbing secara latihan amali dalam mengendalikan aktiviti keusahawanan sebenar. Latihan amali ini menjadi nilai tambah dan membantu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan mereka selepas bergraduasi.

 

Pembinaan The Bricks, Siswaniaga@USM telah mengukuhkan dan meneruskan kelestarian ekosistem keusahawanan di USM. Program khas yang dibangunkan sebagai pengisian aktiviti keusahawanan di The Bricks dapat melahirkan lebih ramai Usahawan Graduan yang mampu mencipta peluang pekerjaan. Ini bertepatan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Keusahawanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi dan selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan 2021-2025 Institusi Pengajian Tinggi.


 

Baca Seterusnya Baca Sedikit
Profil Pembentang

Prof. Dr. Aldrin Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Selangor. Beliau merupakan pemegang ...

Prof. Dr. Aldrin Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Selangor. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang (BSc) Perumahan, Bangunan dan Perancangan, (BA) Seni Bina dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga pemegang Ijazah Sarjana (Masters) dari University of Sheffield, UK. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan beliau dalam bidang kedoktoran di university tersebut. Selepas tamat, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia bermula tahun 1999 sehingga sekarang.

Prof. Dr. Aldrin telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya pada tahun 2004, seterusnya menjadi seorang Profesor pada tahun 2015. Sepanjang 20 tahun berkhidmat di USM, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Dekan dan kemudian menjadi Dekan untuk Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni bermula 1 Mac 2019 hingga 28 Februari 2022.

Selain daripada tanggungjawab utama beliau sebagai seorang Profesor dan Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Aldrin juga aktif dalam aktiviti komuniti dan kemasyarakatan, dan beliau telah banyak membantu dalam mereka bentuk banyak ruangan awam. Dedikasi dan kerja keras beliau telah diiktiraf oleh university apabila beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2002, 2005, 2017 dan 2019.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Story of Aminuddin Zakaria, a successful UTM Alumni, CEO of MASWings

Tarikh: 28/09/2021
Masa: 11:30 AM
Huraian

Story of Aminuddin Zakaria, CEO of MASWings is one of the most successful ...

Story of Aminuddin Zakaria, CEO of MASWings is one of the most successful UTM Alumni in the field of Mechanical and Aeronautical Engineering

Baca Seterusnya Baca Sedikit
Profil Pembentang

Aminuddin Zakaria / Chief Executive Officer at MASwings Sdn. Bhd. / UTM Mechanical-Aeronautics Engineering alumni

ADIK-ADIK JAWI

Tarikh: 30/09/2021
Masa: 11:00 AM
Huraian

ADIK-ADIK JAWI adalah merupakan aplikasi pembelajaran mudah alih (mobile learning apps) yang dibangunkan atas ...

ADIK-ADIK JAWI adalah merupakan aplikasi pembelajaran mudah alih (mobile learning apps) yang dibangunkan atas platform Android.Pembangunan aplikasi ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran (learning experience) Jawi dengan memberikan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.Selain itu, dengan menggunakan kaedah pembelajaran mudah alih ianya secara tidak langsung menyokong konsep pembelajaran 4.0 (education 4.0) yang membenarkan pembelajaran dilaksanakan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Adik-adik Jawi dilengkapi dengan 4 modul utama iaitu mengenal huruf, menyambung huruf, membaca dan ulangkaji dalam bentuk kuiz. Melalui kaedah ini, pembelajaran Jawi yang selalunya dilaksanakan secara tradisional dapat ditransformasikan kepada kaedah digital dengan memberikan penekanan dalam aspek pembelajaran berkesan melibatkan interaksi visual, auditori dan kinestatik.Adik-Adik Jawi disasarkan untuk anak-anak prasekolah dengan harapan anak-anak ini dapat mengenali dan memahami huruf-huruf Jawi. Seterusnya dapat membaca tulisan jawi dan sebagai permulaan untuk belajar membaca Al Quran. Namun demikian, ianya juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Jawi.Ketua Penyelidik:Ts. Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali (https://community.uthm.edu.my/hatta)Ahli-ahli lain:En Mohd Suhaimi Bin Md YasinEn Muhammad Afiq Amir Md AmirEn Abdul Azim Ab MalikEn Ahmad Syamim Mohamad NorMaklumat lanjut boleh dilayari di laman web Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di http://icc.uthm.edu.my atau hubungi kami di talian 07-4538526

Baca Seterusnya Baca Sedikit
Profil Pembentang

Ts. MOHD HATTA BIN MOHAMED ALI @ MD HANI - KETUA JABATAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, ...

Ts. MOHD HATTA BIN MOHAMED ALI @ MD HANI - KETUA JABATAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA.PENYELIDIK UTAMA, ICT AS ENABLERS, PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA, UTHM

Baca Seterusnya Baca Sedikit

RESENSI KARYA PENERBIT UniSZA

Tarikh: 30/09/2021
Masa: 11:30 AM
Huraian

Penerbitan buku di UniSZA mencerminkan komitmen universiti ini bagi menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Pelbagai ...

Penerbitan buku di UniSZA mencerminkan komitmen universiti ini bagi menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Pelbagai aktiviti dan program diadakan bertujuan merancakkan lagi budaya perkongsian ilmiah dalam kalangan pensyarah kepada orang awam. Di antara program yang diadakan ialah Resensi Karya yang menjurus kepada bidang kepakaran tenaga akademik yang telah diterjemahkan dalam bentuk sebuah buku. Pesta-pesta buku antarabangsa dan kebangsaan yang disertai dipenuhi dengan aktiviti ilmiah seperti yang terdapat dalam video ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk menyokong budaya perkongsian ilmu dalam kalangan rakyat negara ini.

Baca Seterusnya Baca Sedikit
Profil Pembentang

WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS, ialah pelajar ljazah Doktor Falsafah di ...

WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS, ialah pelajar ljazah Doktor Falsafah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau berkepakaran dalam bidang Figh Kekeluargaan dan Undang-Undang Syariah. Beliau turut memiliki tauliah Peguam Syariah Negeri Kelantan. Beliau juga banyak menghasilkan pelbagai karya ilmiah termasuklah artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa, bab-bab dalam buku dan buku ilmiah.

 

PROF. MADYA DR. NIZAITA OMAR, ialah Penolong Profesor di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau berkepakaran dalam bidang Syariah. Sebagai ahli akademik, beliau aktif dalam pengajaran, penyelidikan, penerbitan, penyeliaan pelajar siswazah, perundingan dan khidmat masyarakat.

 

PROF. MADYA DR. BAHARRUDIN ZAINAL, ialah Penolong Profesor dalam bidang ilmu falak di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya Kebangsaan sejak 1997-2010 dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Takwim Islam Kebangsaan 1992 – 2012. Sehingga kini beliau telah menghasilkan enam buah buku berkaitan ilmu falak. Bidang kepakaran beliau tertumpu pada aplikasi falak dalam ibadat, sains kenampakan Anak Bulan, kajian manuskrip falak, dan etnosains Melayu.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Malim Sarjana