Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) - Institut Biosains (IBS), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (...

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) - Institut Biosains (IBS), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)

Baca Seterusnya Baca Sedikit
4835 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UPM
 Institut Biosains (IBS)IBS telah menerima pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) dalam ...

 Institut Biosains (IBS)

IBS telah menerima pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) dalam bidang tujahan Vaksin dan Terapeutik Haiwan sejak tahun 2010. Susulan pencapaian cemerlang dalam program penyelidikan HICoE Fasa Pertama (2010 - 2013), IBS telah menerima peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang bernilai hampir RM3 juta bagi meneruskan aktiviti penyelidikan Fasa Kedua (2016 – 2019). Sepanjang tempoh empat tahun tersebut, HICoE IBS yang terdiri daripada 10 penyelidik utama dan 50 pelajar pascasiswazah aktif menjalankan penyelidikan inovatif dalam pembangunan vaksin, diagnostik dan terapeutik berkaitan penyakit ikan dan ayam.

 

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)

INTROP telah diberikan penarafan sebagai Pusat Kecemerlangan Tinggi (HICoE) pada Januari 2017 oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. INTROP diamanahkan untuk menerajui kluster tanaman ladang dalam bidang nic kayu dan gentian tropika. Visi INTROP menjadi sebuah pusat rujukan bertaraf antarabangsa dalam biosumber tropika dan bahan berasaskan bio. Misi INTROP juga berhasrat melonjakkan lignoselulosa sebagai pemacu dalam bioekonomi melalui inovasi yang dinamik dalam biosumber tropika dan bahan berasaskan bio. Sehubungan dengan itu, INTROP berusaha gigih memakmurkan negara dan mensejahterakan komuniti menerusi pembangunan berterusan dalam penghasilan produk biokomposit daripada kelapa sawit, kenaf dan buluh serta sisa pertanian lain.

 

Institut Pertanian Tropika dan Keselamatan Makanan (Itafos)

ITAFOS adalah sebuah Institut yang memberi tumpuan kepada penyelidikan multidisiplin berimpak untuk mencapai agenda sekuriti makanan bagi menjamin kecukupan dan keselamatan makanan negara. Sejajar dengan misi ke arah meningkatkan pengeluaran pertanian tropika dan keselamatan makanan melalui penyelidikan yang efektif, inovatif dan berimpak tinggi, ITAFoS telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2017. Pengiktirafan ini menjadikan ITAFoS sebagai destinasi pilihan bagi para penyelidik, pegawai akademik dan pelajar pascasiswazah dalam penyelidikan pertanian tropika.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Institut Biosains Prof. Dr. Zunita ZakariaProf. Madya Dr. Nurulfiza Mat IsaProf. Madya Dr. Ina ...

Institut Biosains 

  1. Prof. Dr. Zunita Zakaria
  2. Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa
  3. Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md. Yassin
  4. Dr. Mohd Mokrish Md. Ajat
  5. En. Muhammad Farhan Nazarudin
  6. Cik Fadzillah Abd Razak 
  7. Dr. Mazni Abu Zarin
  8. Dr. Yu Choo Yee
  9. Pn. Shahriah Membar
  10. Pn. Nurul Wahida binti Abd. Rani
  11. Pn. Satna Zuriah Mohamad

INTROP 

  1. Prof. Ts. Dr. Khalina bt Abdan
  2. Prof. Dr. Paridah Md. Tahir FAS
  3. Dr. Muhammad Aizat Abd Ghani
  4. En. Mohd Lufti Mohd Tawil
  5. Dr. Chin Kit Ling
  6. En. Mohd Shazwan Jamhari

  ITAFoS 

  1. Prof. Dr Awis Qurni Sazili
  2. Prof. Madya Dr Hasliza Abu Hassim
  3. Pn Rina Mazni Musa
  4. En. Mohamad Husni Omar
  5. Dr Zulkarami Berahim
  6. Dr Fatma Azwani Abdul Aziz
Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Malim Sarjana