Mengenai Festival Idea

Hala Tuju
  • Meraikan CETUSAN IDEA BAHARU sejajar dengan perkembangan pendidikan tinggi di era revolusi industri 4.0 melalui penglibatan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, rakan industri dan masyarakat.
  • Memanfaatkan idea baharu dalam menyelesaikan isu dan pemasalahan yang dibangkitkan melalui JARINGAN KERJASAMA dan saling bersaing secara sihat.
Hasil Pelaksanaan
  • Satu pengkalan data digital yang mengandungi KOMPILASI IDEA TANGIBLE termasuk isu, pemasalahan dan penyelesaian masalah.
  • PENYELIDIKAN berasaskan pemasalahan semasa.
  • Penghasilan PRODUK KANDUNGAN KREATIF TEMPATAN.

Objektif

1
Menjana IDEA BAHARU & MENCABAR yang berpotensi untuk digarap melalui keterlibatan pihak kerajaan, para akademik, jaringan industri dan masyarakat
2
Menghubungkan JARINGAN KERJASAMA antara pihak kerajaan, para akademik, jaringan industri dan masyarakat
3
Memberi RUANG kepada pelajar universiti dalam meningkatkan kemahiran (upskilling) dalam menyelesaikan masalah bersama pakar dan penggiat industri
4
Mencipta PELUANG bagi menggerakkan masyarakat ke arah kualiti hidup yang lebih tinggi dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju