Semakhadis.com sistem semakan hadis daif dan palsu berbahasa Melayu pertama di dunia.

5405 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UPSI
Usaha memelihara keaslian hadis Nabi SAW telah dimulakan oleh ulama hadis silam. Usaha mereka ini ...

Usaha memelihara keaslian hadis Nabi SAW telah dimulakan oleh ulama hadis silam. Usaha mereka ini berkembang seiring dengan keperluan zaman. Pada zaman ini, kewujudan media sosial dan rangkaian perhubungan digital telah memudahkan manusia menyalurkan maklumat dengan cepat. Namun, fenomena ini menyebabkan terdapat hadis-hadis palsu dan daif disebarkan kepada masyarakat tanpa dinyatakan statusnya. Justeru, semakhadis.com dibangunkan dengan tujuan untuk memelihara keaslian hadis. Semakhadis.com dibina dengan aplikasi sistem pengurusan kandungan (content management system) Wordpress. Ia mengandungi koleksi lebih daripada 8000 hadis-hadis yang dinilai lemah dan palsu daripada 11 kitab koleksi hadis lemah dan palsu karya ulama hadis silam dan kontemporari. Pengguna juga boleh membuat semakan status hadis melalui aplikasi Android dan Apple iOS yang dihubungkan dengan laman web semakhadis.com. Semakhadis.com merupakan sistem semakan hadis digital berbahasa melayu pertama di dunia. Pengguna boleh menaip apa-apa kata kunci untuk mencari hadis yang terdapat dalam pangkalan data sistem ini. Sistem ini juga menyediakan khidmat laporan untuk memudahkan pengguna melaporkan sebarang kesilapan kepada pengurusan semakhadis.com. Diharapkan agar inisiatif ini tergolongan dalam usaha untuk memartabatkan kedudukan hadis seiring dengan kemajuan teknologi semasa.

Keistimewaan semakhadis.com ialah seperti berikut:

1. Sistem semakan hadis berbahasa Melayu pertama di dunia. 
Kebanyakan laman web semakan hadis yang berada di dalam talian sekarang ini adalah berbahasa arab. Semakhadis.com menyediakan khidmat semakan berbahasa Melayu.

2. Mudah untuk digunakan.
Pengguna hanya perlu menaip apa-apa kunci sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan khidmat ekslporasi hadis berdasarkan bab, status atau perawi bagi sesebuah hadis. Glosari juga disediakan bagi menjelaskan definisi bagi istilah hadis bagi orang awam memahami istilah teknikal dalam bidang hadis.

3. Nilai komersil.
Walaupun semakhadis.com adalah aplikasi dan laman web yang percuma, ia mempunyai nilai tarikan untuk pengguna menyalurkan infak/sumbangan. Ketua Penyelidik telah membuka akaun amanah bagi projek ini yang dikawal oleh Jabatan Bendahari UPSI bagi pengguna yanf jngin menyumbang. Sejak akaun ini dibuka pada Januari 2021 sehingga 19 Disember 2021, akaun ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM54,281.00.

4. Mesra Teknologi Hijau
Semakhadis.com juga sangat mesra teknologi hijau. Ini kerana sistem ini menggalakkan penggunaan digital tanpa kertas. Ia salah satu usaha mengurangkan pencemaran alam dan menjimatkan kos cetakan kitab.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Ketua Penyelidik bagi projek semakhadis.com ialah Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi bin Ramle.Beliau ...

Ketua Penyelidik bagi projek semakhadis.com ialah Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi bin Ramle.

Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sejak tahun 2015.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah) daripada Mu'tah Universiti. Setelah itu, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana (al-Qur'an dan Sunnah) daripada Universiti Islam Antarabangsa. Beliau akhirnya menyambung pengajian di peringkat PhD di University of Jordan di dalam bidang hadis.

Beliau banyak terlibat dalam penyelidikan antaranya ialah Analisis Hadis-Hadis Dalam Buku Teks KAFA JAKIM, Sunnah Yang Sering Diabaikan dan banyak lagi. Beliau berjaya mendapatkan dana penyelidikan sebanyak lebih RM1 juta sebagai Ketua Penyelidik dan Penyelidik Bersama. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi