Hello Microbes: COVID-19 vs Soap Kit

4191 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UPSI
Kit Hello Microbes: COVID-19 vs Soap memberi gambaran struktur Virus Corona dan mekanisma pemusnahan ...

Kit Hello Microbes: COVID-19 vs Soap memberi gambaran struktur Virus Corona dan mekanisma pemusnahan virus oleh molekul sabun. Kit ini dilengkapi model interaktif, animasi 3D Augmented Reality, video dan buku aktiviti yang sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran bagi menerangkan kepentingan mencuci tangan dengan teknik yang betul bagi mengelakkan jangkitan Virus Corona. Penghasilan setiap elemen yang terdapat dalam kit ini adalah inovasi sains yang menggabungkan pelbagai bidang dan amat sesuai digunakan dari peringkat kanak-kanak seawal umur 5 tahun hingga dewasa. Kit ini merupakan salah satu inovasi pengajaran yang digunakan sebagai modul bagi program Hello Microbes yang diadakan secara tahunan.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Dr Hamidah Binti Idris merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti ...

Dr Hamidah Binti Idris merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau telah menerima Ijazah Doktor Falsafah (Mikrobiologi) dari Newcastle University, United Kingdom pada tahun 2016, Ijazah Sarjana (Mikrobiologi) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Mikrobiologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 dan 2006. Bidang kepakaran beliau adalah Taksonomi dan Sistematik Bakteria, Produk Semulajadi Bakteria, Diversiti dan Ekologi Mikrob. Di samping tugas hakiki sebagai ahli akademik, berdasarkan minat yang mendalam terhadap bidang Mikrobiologi, beliau telah membangunkan Program Hello Microbes untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang dunia kuman kepada komuniti. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi