LAWATAN TAPAK PROJEK SIPUT SUDU PROGRAM DPUB TERAJU DI KUALA MUDA, KEDAH

3915 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UUM
PROJEK KUPANG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI SIPUT SUDU INI MEMULAKAN MISI UNTUK MEMPERKASAKAN MASYARAKAT PENTERNAK ...

PROJEK KUPANG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI SIPUT SUDU INI MEMULAKAN MISI UNTUK MEMPERKASAKAN MASYARAKAT PENTERNAK SIPUT SUDU DI KUALA SUNGAI MUDA BAGI MEMENUHI PERMINTAAN YANG MENINGKAT TERHADAP PRODUK MAKANAN LAUT BERKUALITI TINGGI DI MALAYSIA. KOMUNITI PENTERNAK TERLETAK DI KAWASAN PANTAI TELUK BAYU DAN PENGKALAN TIRAM SUNGAI DEDAP. MISI PROJEK INI MENSASARKAN GOLONGAN BELIA BUMIPUTERA KUMPULAN B40. TERDAPAT LIMA (5) OBJEKTIF PROJEK TELAH DIKENALPASTI YANG MERANGKUMI BIDANG TEKNOLOGI DAN KEMUDAHAN, PEMBANGUNAN PRODUK, PENJENAMAAN DAN PEMASARAN, LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN, PEMBANGUNAN MODAL DAN LATIHAN. PROJEK SELAMA (5) TAHUN INI AKAN DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT OLEH PASUKAN SEKRETARIAT DAN PENYELIDIK SERAMAI ENAM BELAS (16) ORANG. KEJAYAAN PROJEK MAMPU MEMBERI IMPAK TERHADAP PENDAPATAN DAN EKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR, KESELAMATAN MAKANAN, PELUANG PEKERJAAN, MEMPERKASA KUMPULAN SASAR, DISAMPING MENGALAKKAN AKTIVIITI KEUSAHAWANAN. AKTIVITI MELIBATKAN KAJIAN KAEDAH DAN CABARAN RANTAIAN BEKALAN SIPUT SUDU DAN UNTUK MENGENAL PASTI KAEDAH LOGISTIK RANTAIAN DINGIN YANG SESUAI AKAN DILAKSANAKAN. PROSES AKAN DILENGKAPKAN DENGAN PEMBANGUNAN SUATU PROSEDUR OPERASI STANDARD BERKAITAN PELAKSANAAN LOGISTIK RANTAI DINGIN UNTUK PENTERNAKAN SIPUT SUDU YANG DIJANGKAKAN MAMPU SELESAI PADA AKHIR PROJEK INI. DISAMPING ITU, KELEBIHAN PENTERNAKAN SIPUT SUDU INI ADALAH IA MERUPAKAN SATU AKTIVITI YANG BOLEH DIGABUNG JALIN DALAM PERSEKITARAN TEKNOLOGI. OLEH KERANA IANYA BERKEMBANG DALAM KEADAAN SUHU YANG PERLU DIPANTAU SECARA BERTERUSAN UNTUK MEMASTIKAN PERTUMBUHAN YANG OPTIMUM, MAKA PROJEK INI MENCADANGKAN PENGGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN KUALITI AIR BERASASKAN IOT UNTUK MEMANTAU SUHU, KEMASINAN DAN PARAS PH AIR. PROJEK JUGA DILENGKAPI DENGAN PENGGUNAAN SISTEM PENGAWASAN CCTV UNTUK MENGHALANG KECURIAN MEMANDANGKAN SIPUT SUDU BIASANYA MENGAMBIL ENAM HINGGA DUA BELAS BULAN UNTUK MATANG. BAGI MEMASTIKAN PENDEKATAN PENTERNAKAN YANG MAMPAN, PESERTA DIGALAKKAN UNTUK BERGIAT SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI LAIN SEPERTI MENANGKAP IKAN UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN MEREKA. MELALUI PROJEK INI, ADALAH DIHARAPKAN KUMPULAN SASAR DAPAT MENINGKATKAN KEHIDUPAN MEREKA SEBANYAK 25% DAN DENGAN ITU DAPAT MENGANGKAT TARAF SOSIO-EKONOMI MEREKA. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
DR. SHAHRINA, SELAKU PENGARAH, PUSAT KERJASAMA UNIVERSITI-INDUSTRI (CUIC) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KINI JUGA MERUPAKAN SEORANG ...

DR. SHAHRINA, SELAKU PENGARAH, PUSAT KERJASAMA UNIVERSITI-INDUSTRI (CUIC) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KINI JUGA MERUPAKAN SEORANG PENSYARAH DAN PENYELIDIK DI UNIVERSITI YANG SAMA. BELIAU BERSAMA RAKAN-RAKAN PENYELIDIK DARI PELBAGAI BIDANG KINI SEDANG GIAT MENJALANKAN PROJEK SIPUT SUDU DIBAWAH PROGRAM DPUB TERAJU BERTEMPAT DI KUALA MUDA, KEDAH. HASRAT UTAMA BELIAU DAN RAKAN-RAKAN LAIN DI BAWAH PROJEK PENYELIDIKAN LIMA TAHUN INI ADALAH SUPAYA DAPAT MENINGKATKAN SOSIO-EKONOMI KUMPULAN SASAR DISAMPING DAPAT MENAMBAH ILMU SERTA PENGALAMAN DALAM BIDANG TERBABIT. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Pameran Maya