Hatceri Akuakultur UMS

4492 dilihat - 2 tahun yang lepas

Default Photo
UMS
Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan antara Universiti Awam (UA) di Malaysia yang mempunyai fasiliti penyelidikan ...

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan antara Universiti Awam (UA) di Malaysia yang mempunyai fasiliti penyelidikan dan pengajaran yang terbaik dalam bidang akuakultur.

Hatceri Akuakultur ini terdiri daripada  hatceri Ikan dan Hatceri Udang. Hatceri ini juga mempunyai fasiliti bertaraf antarabangsa yang telah menjadi nadi kepada penyelidikan dan pengajaran bidang akuakultur di UMS, peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.  

Sejak kedua-dua fasiliti ini beroperasi Hatceri Ikan (20 Tahun) dan Hatceri Udang (12 Tahun), pelbagai kejayaan dan aktiviti telah berjaya dicapai dari segi pembangunan akademik, penyelidikan, inovasi, keusahawanan pelajar dan lain-lain.

Kejayaan demi kejayaan yang ditempah oleh UMS dalam bidang akuakultur telah menarik minat industri dari luar negara untuk menjalin kerjasama. Hatceri Akuakultur UMS juga telah dijadikan hatceri satelit bagi Institut Penyelidikan Akuakultur Kindai University, Jepun yang merupakan satu institusi berprestij di dunia dalam bidang akaukultur. Japfa Comfeed, industri pembuataan makanan terbesar di Indonesia turut mejadikan hatceri akuakultur UMS sebagai rakan starategik dalam bidang akuakultur.

Program keusahawanan pelajar di hatceri akuakultur UMS juga merupakan satu program yang telah diiktiraf sebagai antara program keusahawanan terbaik di peringkat university awam. Sejak program ini diperkenalkan, sebanyak RM 678, 899 telah berjaya dijanakan oleh pelajar. Dengan mengambil kejayaan program keusahawanan hatceri akuakultur, tercetuslah idea untuk menubuhkan Pusat Inkubator Akuakultur untuk menghasilkan usahawan sebenar dalam kalangan alumni UMS dan belia tempatan. Pusat ini juga dapat berfungsi untuk menjana pendapatan universiti melalui penjualan benih-benih ikan yang bermutu tinggi.

Seramai 246 pelajar telah mengikuti Latihan industri di Jepun selepas mengikuti program keushawanan. Pihak kedutaan Malaysia di Jepun juga menjadikan program Latihan industri pelajar akuakultur ini sebagai program lawatan tahunan mereka.

Hatceri akuakultur telah banyak menghasilkan alumni yang berjaya menempatkan diri dalam industri bukan sahaja di Malaysia tetapi juga serata dunia termasuk Singapura , Jepun, Brunei dan China. Graduan hatceri akuakultur yang berilmu juga  terkenal dengan teknik pembenihan pelbagai jenis ikan, ketam dan udang. Antara kejayaan terbesar hatceri akuakultur dalam bidang penyelidikan termasuklah penghasilan ikan kerapu hybrid yang kini telah medominasi pasaran Asia. Hatceri ini juga menghasilkan ketam bakau berkualiti untuk memenuhi permintaan pasaran.


Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS bertekad cemerlang untuk menjadi salah satu pusat rujukan akuakultur yang terpenting di rantau ini.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang

Prof. Madya Dr. Faihana Ching Abdullah, Institut Penyelidikan Marin Borneo


Kategori Program
Malim Sarjana