DEKLAMASI PUISI ANAK MUDA DI BUMI BERTUAH

127 dilihat - 3 bulan yang lepas

User Photo
USIM
Puisi Anak Muda di Bumi Bertuah adalah karya Encik Ismail Ahmed atau nama penanya Adiwangsa ...

Puisi Anak Muda di Bumi Bertuah adalah karya Encik Ismail Ahmed atau nama penanya Adiwangsa Sukma, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM. Puisi ini menyingkap tabir sejarah perjuangan kemerdekaan negara dari penjajah. Rentetan makna puisi Anak Muda di Bumi Bertuah dalam baris- baris setiap rangkapnya telah membuka kotak fikir yang menjurus kepada persoalan cabaran dan mengotakan impian, pembangunan dan kemodenan, amanah bangsa dan pergukuhan syiar manusiawi sehinggalah kepada semangat perpaduan dan cita- cita mengibarkan nama Malaysia di persada dunia. Keunikan penyampaian puisi yang bersahaja dan mendalam oleh semua barisan pengurusan  tertinggi universiti yang julung diadakan di kalangan UA telah menyemarakkan lagi semangat patriotik. Deklamasi ini telah menjadikan makna keseluruhan puisi Anak Muda di Bumi Bertuah mencapai matlamat yang ingin disampaikan kepada seluruh anak muda betapa bertuahnya memiliki tanahair yang bernama, Malaysia.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Pembentang terdiri dari Pengurusan Tertinggi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Dato’ Dr. Mohamed ...

Pembentang terdiri dari Pengurusan Tertinggi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

  1. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin (Naib Canselor).
  2. Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani (Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
  3. Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman (Mantan (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
  4. Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhaban (Mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi )
  5. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali (Pendaftar)
  6. Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil (Mantan Bendahari)
  7. Nor Azzah Momin (Ketua Pustakawan)
  8. Puan Yuhani Jamiran (Penasihat Undang-Undang)
  9. Profesor Madya Dr Asmaddy Haris (Penolong Naib Canselor (Pengurusan Infrastruktur & Perancangan Pembangunan)
  10. Profesor Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin (Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Pengantarabangsaan)
  11. Profesor Madya Ts Dr Madihah Mohd Saudi (Ketua Pegawai Maklumat)
  12. Ir. Azahar Awalludin (Pengarah, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)
  13. En. Ismail Ahmed (Pengarah, Pusat Kebudayaan)

 

 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya