Program Hero Komuniti Perdana

4289 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UniSZA
Program Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna secara serentak di seluruh Malaysia yang julung kali diadakan ...

Program Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna secara serentak di seluruh Malaysia yang julung kali diadakan ini bertujuan memenuhi sebahagian daripada keperluan Pelan Strategik UniSZA iaitu menjadikan UniSZA sebagai Community Heroes dengan mengadakan flagship program dan membantu komuniti.

Umum mengetahui sejak berlakunya pandemik COVID-19 akhir Disember 2019 yang turut melibatkan Malaysia terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang telah menerima tempias daripada situasi ini. Pandemik ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan atau sumber pendapatan disebabkan keterbatasan pergerakan dan operasi.

Justeru, pihak Universiti melihat perlunya pelajar-pelajar yang sedang berada di lokasi masing-masing untuk turun ke komuniti sekitar bagi memberi sumbangan sama ada bekalan asas serta khidmat tenaga bagi menzahirkan sikap cakna dan prihatin mereka terhadap komuniti setempat sebagaimana yang digariskan dalam salah satu elemen NASEEM yang menjadi tonggak kepada UniSZA. Ia juga sebagai satu pendekatan dalam menerapkan elemen hubungan insaniah yang merupakan salah satu teras dalam Flexible Education with Soul (FLEXs) UniSZA.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & ...

Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Pameran Maya