UUM PRIHATIN: BERSAMA KOMUNITI PULAU TUBA, LANGKAWI

4934 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UUM
PADA TAHUN 2020, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TELAH MEMBENTUK JAWATANKUASA INDUK UNIVERSITI UNTUK MASYARAKAT (...

PADA TAHUN 2020, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TELAH MEMBENTUK JAWATANKUASA INDUK UNIVERSITI UNTUK MASYARAKAT (U4S). ANTARA OBJEKTIF U4S ADALAH SEPERTI BERIKUT: i. MENGHAKUPAYA (EMPOWER) MASYARAKAT MALAYSIA UNTUK MENJADI MASYARAKAT YANG SEJAHTERA SELARAS DENGAN KEPERLUAN MASYARAKAT ITU SENDIRI BAGI PEMBANGUNAN NEGARA YANG MAMPAN. ii. MEMPERKENALKAN U4S KEPADA MASYARAKAT DENGAN MENGGABUNGJALIN PEMEGANG TARUH UTAMA IAITU AKADEMIA, PELAJAR UNIVERSITI, PEMAIN INDUSTRI DAN AGENSI SERTA AHLI MASYARAKAT. iii. MENJAYAWARA KEJAYAAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU OLEH PELBAGAI UNIVERSITI KEPADA BEBERAPA KELOMPOK MASYARAKAT SETEMPAT. PROGRAM U4S INI AKAN MEMPERLUASKAN DAN MEMPERKUKUHKAN PENGETAHUAN KOMUNITI MELALUI PERUBAHAN PENGETAHUAN (ILMU), SIKAP, KEMAHIRAN DAN ASPIRASI MEREKA DENGAN BANTUAN DARI TENAGA-TENAGA PAKAR DI UNIVERSITI AWAM. OLEH ITU, “QUADRAPLE HELIX ENGAGEMENT MODEL” MENJADI TUNGGAK UTAMA DALAM PELAKSANAAN PROJEK U4S IAITU MELIBATKAN KERJASAMA ANTARA UNIVERSITI, AGENSI KERAJAAN, INDUSTRI, DAN KOMUNITI. PROGRAM U4S DIBAHAGIKAN KEPADA LIMA ZON UTAMA DAN ZON UTARA TELAH DIANGGOTAI OLEH EMPAT UNIVERSITI AWAM IAITU UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) DAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI). UUM TELAH DILANTIK SEBAGAI KETUA ZON UNTUK PROGRAM U4S 1.0 DAN KOMUNITI PULAU TUBA MERUPAKAN KOMUNITI SASARAN. ANTARA PROJEK KOMUNITI YANG TELAH DIPERKENALKAN ADALAH (1) CO&COAL, (2) AQUANOM, (3) INTRUSION DETERRENT & THEFT DETECTION SYSTEM FOR MUSSEL FARMING IN PULAU TUBA, (4) MUSHROOM FARMING @ TUBA DAN (5) EMPOWERMENT OF PULAU TUBA MENGKUANG WEAVERS’ COMMUNITY. HASIL PEMANTAUAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK CUIC DAN SEKRETARIAT INDUK U4S PADA BULAN APRIL 2021 YANG LALU, SATU PROJEK DI BAWAH CUIC-UUM TELAH MENCAPAI KELESTARIAN IAITU PROJEK 'EMPOWERMENT OF PULAU TUBA MENGKUANG WEAVERS’ COMMUNITY. PROJEK INI DIJANGKA TAMAT PADA AKHIR TAHUN 2021.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
DR. SHAHRINA, SELAKU PENGARAH, PUSAT KERJASAMA UNIVERSITI-INDUSTRI (CUIC) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KINI JUGA MERUPAKAN SEORANG ...

DR. SHAHRINA, SELAKU PENGARAH, PUSAT KERJASAMA UNIVERSITI-INDUSTRI (CUIC) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KINI JUGA MERUPAKAN SEORANG PENSYARAH DAN PENYELIDIK DI UNIVERSITI YANG SAMA. BELIAU BERSAMA RAKAN-RAKAN PENYELIDIK DARI CUIC-UUM TELAH MENJALANKAN SESI EKSPLORASI KOMUNITI KE PULAU TUBA LANGKAWI PADA TAHUN 2020 DALAM USAHA MENGENALPASTI ISU ATAU PEMASAALAHAN YANG DIHADAPI OLEH KOMUNITI TERSEBUT. MINAT BELIAU DI DALAM AKTIVITI JARINGAN INDUSTRI DAN PENGLIBATAN MASYARAKAT DIZAHIRKAN MELALUI PROJEK MENGKUANG TUBA LANGKAWI YANG TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI PROJEK KOMUNITI BERTARAF EMPAT BINTANG OLEH JPT-KPT. BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG AHLI DAN 'CERTIFIED TRAINER' BAGI 'ACTIVE CITIZEN SOCIAL ENTERPRISE (ACSE)' YANG MENJALANKAN MODUL LATIHAN 'ACSE TOOLKIT' OLEH BRITISH COUNCIL MALAYSIA.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Pameran Maya