Mentor: Step By Step Coaching oleh Dr. Abdul Syukor Abd. Razak, Penerima Anugerah Inovasi Negara (...

Mentor: Step By Step Coaching oleh Dr. Abdul Syukor Abd. Razak, Penerima Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2017

Baca Seterusnya Baca Sedikit
3847 dilihat - 2 tahun yang lepas

Default Photo
UMP
Video ini berkisar tentang perkongsian ilmu dan tips dalam penyertaan pertandingan bertaraf tinggi dan bagaimana ...

Video ini berkisar tentang perkongsian ilmu dan tips dalam penyertaan pertandingan bertaraf tinggi dan bagaimana untuk cemerlang dalam bidang inovasi dan komersial yang boleh membantu menjadi inspirasi kepada penyelidik dan usahawan muda dalam menceburkan diri dalam bidang inovasi dan komersial.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Dr. Abdul Syukor bin Abd. Razak memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan di bawah Bidang ...

Dr. Abdul Syukor bin Abd. Razak memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan 

di bawah Bidang Kejuruteraan Alam Sekitar, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam

(FTKA) di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pendidikan terakhir beliau ialah Doktor 

Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) di Universiti Malaysia Pahang.

 

Dr. Abdul Syukor telah berjaya mempatenkan dan mengkomersialkan 4 produk komersial

UMP iaitu Pisoptera dengan Geran penyelidikan dan Pengkomersialan terbabit sebanyak 

RM700K, Phytogreen sebanyak RM800K, Wasra sebanyak RM350K dan Pest Killa 

sebanyak RM400K. Beliau juga telah meletakkan Environmental Expert Group (EEG) 

-UMP 2006 ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa di mana banyak projek 

penyelidikan dan kerjasama teknikal serta akademik telah berjaya dijalin dengan jayanya,

di antara industri dan agensi ternama di dunia dan di Malaysia.  Di antaranya ialah 

General Electric (GE) Water & Process Technology (M) Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di 

United State of America (USA), Danish Rootzone Inc. (Denmark), Danish International 

Development Agency (DANIDA) Denmark, Ranhill Utilities Berhad (RUB), Malaysia, 

Ranhill Water Services (RWS) Sdn. Bhd., Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), 

Mega Juara Pest Control (MJPC) Sdn. Bhd., dan Segi Perkasa (SP) Sdn. Bhd. Malaysia.

Dr. Abdul Syukor ketika ini telah mendapat beberapa anugerah akademik dan

 penyelidikan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Di antara anugerah yang 

di terima di peringkat antarabangsa ialah Anugerah Khas Produk Komersial Mesra Alam 

di ITEX 2016, Anugerah Khas Permata bagi Produk Phytogreen dan Pest Killa, Anugerah 

Khas Platinum bagi Produk Pest Killa, Anugerah Khas Double Gold bagi produk Pisoptera 

UMP di British Invention Show (BIS) 2016 di London, Anugerah MATRADE 2016 bagi 

Kategori Produk Eksport Inovatif, Most Inovative Award 2008 di Bio-Malaysia 2008, 

Green Technology Award 2010 dan Anugerah Presiden Korean Invention & Intelectual

Property Association (KIIPA), Korea.

 

Manakala bagi anugerah peringkat Kebangsaan pula beliau telah menerima Anugerah 

Inovasi Negara 2017 (AIN’ 2017) dan Anugerah QB3 Teknologi Hijau 2017. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Mentor