WACANA TEKSOLOGI AL-QURAN

4017 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UPSI
Pengajian al-Qur'an telah berkembang dengan pesat setelah kewafatan baginda Rasulullah SAWS, hasil usaha para sahabat, ...

Pengajian al-Qur'an telah berkembang dengan pesat setelah kewafatan baginda Rasulullah SAWS, hasil usaha para sahabat, tabi in dan seterusnya sehinggalah ke hari ini. Kejayaan ini tidak akan berkembang dengan baik dan cemerlang menurut sejarahnya sekiranya tidak terdapat satu sistem pengajian yang rapi dan tersusun dilaksanakan. Pelbagai bentuk pengajian telah dilaksanakan untuk menjamin perkembangan ilmu al-Qur'an hingga ke hari ini. Buku 'Wacana Teksologi al-Qur'an ini merupakan satu usaha bagi membincangkan secara mendalam bagi pembaca awam, mahasiswa universiti dan pengkaji al-Qur'an tentang beberapa tajuk pengajian al-Qur'an. Tajuk-tajuk utama yang dibincangkan ialah sejarah perkembangan penulisan teks al-Qur'an, Rasm Uthmani sebagai teks rasmi tulisan al-Qur'an, metodologi para mufassir (manahij al-mufassirin) dalam pentafsiran teks al-Qur'an, ikhtilaf dalam pentafsiran teks al-Qur'an, kisah-kisah israiliyyat dalam pentafsiran teks al-Qur'an, peranan al-Qira'at dalam pentafsiran teks al-Qur'an dan tajuk terakhir metodologi tafsir al-mawdu’i (tematik) dalam mentafsirkan teks al-Qur'an.

Buku ini mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan di semua peringkat sama ada sekolah menengah, institusi pengajian tinggi mahu pun masyarakat awam yang ingin mendalami ilmu al-Quran.


 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi merupakan Prof Madya di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, ...

Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi merupakan Prof Madya di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat sejak 2007. Beliau berlatar belakang pendidikan awal di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong Kelantan (1992-1998), seterusnya Diploma Darul Quran JAKIM (1999), Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan kepujian dari Universiti Malaya (2002), Sarjana Usuluddin dalam bidang Pengajian al-Quran Kontemporari (2005) dan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Qiraat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2015). Selain itu, beliau juga memiliki Sijil Pemantapan Bahasa Arab dari Kuwait Universiti (2006). Berpengalaman dalam mengendali dan membimbing kursus dan bengkel berkaitan pendidikan tahfiz al-Quran, kemahiran al-Quran dan pengajian tafsir al-Quran. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai buku, artikel ilmiah dan pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terutama dalam bidang pengajian al-Quran.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya