Si Penglipur Lara

4285 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UM
Minat dan aspirasi asal anak kelahiran Kota Tinggi ini adalah untuk menjadi seorang pelakon, baik ...

Minat dan aspirasi asal anak kelahiran Kota Tinggi ini adalah untuk menjadi seorang pelakon, baik di pentas teater mahu pun di hadapan kamera. Biar pun sudah bergelar pensyarah, beliau tidak pernah meninggalkan bidang lakonan, kerana sisi ini merupakan sebahagian dari dirinya yang sebenar.

 

Video pendek ini cuba memaparkan perjalanan kerjaya Dr. Rosdeen Suboh, yang bermula dari sketsa pendek di sekolah, sehinggalah dirinya bergelar Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30 dan Anugerah Skrin 2019. Rakaman yang penuh inspirasi ini diharapkan dapat memotivasi setiap individu yang pernah bermimpi untuk berjaya, biar pun bermula dari latar belakang yang serba kekurangan. 

 

“Setiap usaha yang baik-baik, tentunya akan menghasilkan pengakhiran yang baik-baik” (Dr. Rosdeen Suboh, 2021)

 

Video ini diterbitkan oleh Nahrizul Adib Kadri dengan kerjasama Pejabat Komunikasi Korporat UM. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Dr. Rosdeen Suboh merupakan pensyarah kanan di Jabatan Drama, Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya (UM).&...

Dr. Rosdeen Suboh merupakan pensyarah kanan di Jabatan Drama, Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya (UM). 

 

Setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), beliau telah melanjutkan pengajiannya sehingga ke peringkat kedoktoran di UM. Bidang pengkhususan dan penyelidikannya adalah teater tradisional di Asia Tenggara. 

 

Bersama pelajar-pelajarnya, Dr. Rosdeen telah mengembara dari Kemboja hinggalah ke Kepulauan Natuna, Riau, Indonesia, dalam usahanya mendalami dan melestari seni teater tradisional.

 

Penyelidikannya juga melibatkan pelbagai agensi dalam dan luar negara, termasuklah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel di kudin@um.edu.my

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya