Pameran Maya: Prospektus Teknologi UKM

5026 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UKM
INOVASI@UKM™ berperanan sebagai pemacu utama menggerakkan aktiviti inovasi dan pemindahan teknologi di UKM. Visi ...

INOVASI@UKM™ berperanan sebagai pemacu utama menggerakkan aktiviti inovasi dan pemindahan teknologi di UKM. Visi INOVASI@UKM adalah untuk menjadi pusat inovasi dan pemindahan teknologi terkehadapan di peringkat kebangsaan. Justeru, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan secara aktif dan strategik bagi memastikan visi dan hasrat UKM ini tercapai.

 

Bagi membantu masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU) Cacat Penglihatan mempelajari bacaan Al-Quran dengan mudah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) dan Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah mengambil inisiatif membuat penyelidikan dan mereka bentuk Braille Al-Quran bertajwid dengan tajuk penyelidikan Alat PdP Braille Al-Quran Bertajwid/Jawi. Projek ini merangkumi tiga bahagian iaitu Transliterasi dan Grafik Papan kekunci Braille Al-Quran Bertajwid, Model Alat Tutorial Mempelajari Kod-Kod Braille Al-Quran Bertajwid dan Pembinaan Modul Tajwid Al-Quran versi Braille.

 

Tercetusnya idea untuk membangunkan projek ini ialah kerana kebanyakan braille yang ada pada masa kini kebanyakannya tidak mempunyai tajwid. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh badan-badan persendirian seperti Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan Malaysia Association for the Blind (MAB) yang menggunakan Al-Quran Braille mudah alih, namun penggunaannya masih terbatas.

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) adalah universiti pertama yang telah menfailkan harta intelek bagi penentu arah kiblat mudah alih dengan inovasi terkini yang dinamakan InnoQibla. Ianya dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Norhana Arsad dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina FKAB UKM.

 

Inovasi InnoQibla yang menggunakan teknologi Mikroelektromekanikal (MEMS) bagi mengesan utara benar mengikut putaran bumi iaitu arah sepanjang permukaan bumi ke arah Kutub Utara geografi, dihasilkan bagi membantu meringankan dan memudahkan pihak JAKIM serta Jabatan Mufti Negeri dalam penandaan arah kiblat di dalam bangunan.

 

Pakar Perubatan Jabatan Ortopedik dan Trauma, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Yazid Bajuri telah mencipta inovasi dalam membantu pesakit berjalan dengan sempurna apabila berjaya menghasilkan produk inovasi kesihatan yang baru untuk membantu golongan B40 iaitu MyB Muslim Prosthetic. Produk tersebut adalah hasil idea beliau setelah melihat ramai pesakitnya tidak mampu membeli kaki palsu dan kasut khas untuk membantu pergerakan. 

 

MyB Muslim Prosthetic adalah merupakan kaki palsu adalah bersifat mesra pengguna, selesa serta boleh dibengkokkan sehingga 180˚. Keadaan ini membolehkan pengguna untuk berada posisi melutut dan bersujud dengan lebih selesa tanpa perlu menanggalkan kaki palsu ini.

 

Projek tersebut telah mendapat dana dari Kementerian Tenaga, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang kini dikenali sebagai MOSTI sebanyak RM273,400. Dana tersebut digunakan untuk menghasilkan produk tersebut Bersama-sama dua lagi produk kesihatan yang lain dan diberikan secara percuma kepada enam pesakit dari golongan B40.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Prof. Madya Dr. Maslina Jamil, Pengarah INOVASI@UKM™Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Bajuri, Fakulti ...
  • Prof. Madya Dr. Maslina Jamil, Pengarah INOVASI@UKM™
  • Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Bajuri, Fakulti Perubatan, UKM, Ketua Penyelidik MyB Muslim Prosthetic
  • Prof. Madya Ir. Dr. Norhana Arsad, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM, Ketua Penyelidik InnoQibla™
  • Prof. Dr. Khairuddin Omar, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Ketua Penyelidik AL-QURAN BRAILLE BERTAJWID
Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Pameran Maya