Forum Solidariti Bersama Palestin: Kekejaman Rejim Zionis Israel

4357 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UniSZA
Forum ini melibatkan semua warga UniSZA dalam menunjukkan solidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin ketika perang ...

Forum ini melibatkan semua warga UniSZA dalam menunjukkan solidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin ketika perang Israel-Palestin 2021. Perkara yang dibincangkan termasuk mengenali puncak konflik Israel dan Palestin dengan lebih mendalam menerusi pandangan ahli panel yang juga aktivisi kemanusian yang terlibat secara langsung membantu Palestin. Dua panel yang dijemput  ialah Prof Madya  Afandi Saleh yang juga pernah ditawan tentera Israel sewatu misi bantuan kemanusian Palestin 2018. Panel kedua ialah Nadir Al-Nuri, warganegara Malaysia yang menetap di Palestin dan menjadi aktiviti kemanusiaan kepada penduduk-penduduk palestin

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
1. Prof. Madya Dr Afandi Salleh PROF. Dr. Mohd. Afandi Salleh merupakan pensyarah kanan UniSZA ...

1. Prof. Madya Dr Afandi Salleh

 

PROF. Dr. Mohd. Afandi Salleh merupakan pensyarah kanan UniSZA di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) yang juga mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Beliau sangat aktif memperjuangkan isu Palestin terutama melalui Pertubuhan Bukan Kerajaaan (NGO). Kemuncak perjuangan termasuk menjadi wakil tunggal negara dalam misi solidariti Flotila Right To A Just Future For Palestine bagi penghantaran bekalan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin. Dalam misi itu, beliau ditangkap, diculik dan dirompak tentera Israel dalam kepungan ke atas kapal misi penghantaran bantuan. Selama 36 jam ditahan tentera Israel tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi penduduk Palestin dengan menjadi wira negara dan universiti dalam mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

 

2. Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman

Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman, lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, ialah seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin. Beliau merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza Malaysia (Cinta Gaza Malaysia). Pada tahun 2021, beliau turut menjadi pengasas bersama pertubuhan MyAqsa Defenders yang aktif memberi bantuan makanan, perubatan dan lain-lain kepada penduduk Palestin. Beliau aktivitis yang sering  memberi laporan secara langsung keadaan penduduk Palestin  termasuk sewaktu perang Israel-Palestin melalui medium sosial seperti Facebook dan Telegram. Telegram sahaja mempunyai lebih 300 000 pengikut yang menjadikan beliau adalah sumber rujukam utama isu konflik di Palestin 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Forum Maya