Resensi Karya: Einstein di Malaya

3927 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UKM
Buku Einstein di Malaya karya Roslan Abd Shukor dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM menceritakan ...

Buku Einstein di Malaya karya Roslan Abd Shukor dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM menceritakan kedatangan Albert Einstein ke Malaya pada hujung 1922 dan awal 1923. Semasa bercuti sabatikal di Princeton University pada tahun 2000-an, saya telah ke Institute for Advanced Study di mana Einstein pernah bekerja. Diceritakan semasa di Melaka, Einstein telah meneruskan penulisan artikel The theory of the Affine Field. Pada penghujung usianya pula beliau dikatakan sering menyebut akan lawatannya ke rantau ini termasuk orang kuat di Sri Lanka. Saya telah cuba mencari bahan mengenai hal ini tetapi tidak banyak yang ditemui, lalu mengambil keputusan untuk membuat kajian dan menulis sebuah buku mengenainya. Penulisan buku ini membawa saya dari Princeton ke New York, berkenalan dengan seorang Movie Producer di Hollywood, arkib di Jerusalem serta Muzium Maritime di Tokyo. Tulisan tangan Eninstein dalam diarinya (dalam bahasa Jerman) mengenai lawatan ke Malaya disertakan dalam buku ini. Antara lain menurut Einstein: bot-bot kecil, rumah-rumah dan orang-orang sungguh bergaya (Einstein, di Pulau Pinang, 1923). Buku ringkas 163 halaman ini bertepatan dengan 100 tahun kedatangan Einstein ke Malaya tahun depan. Buku ini ditulis untuk semua termasuk pelajar sekolah menengah atas dan ahli profesional. Boleh didapati di kedai atas talian dalam e-book, softcover dan hardcover. Semoga bermanfaat.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
YBhg. Prof. Dato' Dr. Roslan Abd ShukorFakulti Sains dan Teknologi, UKM

YBhg. Prof. Dato' Dr. Roslan Abd Shukor

Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya