E-Anfun Sensor

3132 dilihat - 2 tahun yang lepas

Default Photo
UMP
Produk ini adalah dikategorikan sebagai Hidung Elektronik (E-Nose) yang berpotensi menyukat, menentukan, mengklasifikasi dan ...

Produk ini adalah dikategorikan sebagai Hidung Elektronik (E-Nose) yang 

berpotensi menyukat, menentukan, mengklasifikasi dan mengesan pelbagai jenis bau yang meruap. Ia mempunyai dua jenis model utama iaitu yang boleh diletakkan di tempat yang tetap dan juga boleh dibawa secara mobile. Ia mempunyai kuasa 12 Volt DC.Ia boleh digunakan di beberapa aplikasi seperti pertanian, industri kimia, permakanan dan pengurusan bangunan.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Profesor Madya Dr. Muhammad Sharfi bin Najib mempunyai pengalaman lebih dari 12 tahun sebagai pensyarah ...

Profesor Madya Dr. Muhammad Sharfi bin Najib mempunyai pengalaman lebih dari 12 tahun sebagai pensyarah akademik di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Teknologi di Syarikat Terbitan UMP iaitu Synbion Sdn. Bhd. Syarikat ini memfokuskan pengkomersialan  teknologi E-Anfun Sensor untuk Gaharu, Alam Sekitar dan produk Pertanian lain. 

 

Profesor Madya Dr. Saiful Nizam bin Tajuddin, Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Bio Aromatik. Beliau aktif dalam kolaborasi penyelidikan dan perundingan bersama pelbagai industri dan antarabangsa terutamanya dalam bidang kajian produk semulajadi daripada tanaman perisa dan wangian seperti nilam, vanila, Gaharu dan lain-lain. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah di syarikat terbitan UMP iaitu Synbion Sdn. Bhd.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi