Inovasi: Makmal Alami UKM

3512 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UKM
Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah daripada 12 negara mega-biodiversiti di dunia. Malaysia menjadi tarikan pelancong ...

Malaysia telah diiktirafkan sebagai salah sebuah daripada 12 negara mega-biodiversiti di dunia. Malaysia menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia yang ingin menikmati alam semula jadi, melalui hutan hujan tropikanya yang asli, pantai dan terumbu karang yang memukau, dan keunikan dan kepelbagaian biodiversiti. 


Atas dasar ini, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM telah mengorak langkah ke hadapan melalui penubuhan Makmal Alami yang terdiri daripada habitat semulajadi yang berbeza untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran. Projek ‘edu-tourism@UKMlivinglab Makmal-makmal Alami ini merangkumi ekosistem semulajadi yang berbeza, iaitu hutan tanah tinggi (Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, PPBF), hutan tanah rendah (Taman Botani Bangi, TBB), air tawar (Pusat Penyelidikan Tasik Chini, PPTC), dan marin (Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin, EKOMAR) di Semenanjung Malaysia. Satu modul edu-pelancongan telah dibangunkan di Makmal Alami ini dengan tema “Dari Gunung ke Terumbu Karang”. Modul-modul ini menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan riadah yang menjanjikan pengalaman yang berharga kepada para peserta terutama aspek biodiversiti, sosial, dan budaya secara santai. PPBF  merupakan salah satu ‘hotspot’ biodiversiti yang penting.

 

Langkawi UNESCO Global Geopark adalah projek Mega yang melibatkan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) yang bermatlamatkan menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan dalam sumber asli, budaya dan tradisi tempatan serta menjadi pakar rujuk kepada pembangunan lestari.

 

Modul ‘edu-tourism@UKMlivinglab dan Langkawi UNESCO Global Geopark  ini telah terbukti memberikan pengalaman sangat berharga kepada para peserta di samping meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar. Latihan kepada pemandu pelancong dalam kalangan masyarakat tempatan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif program untuk memperkukuhkan ekonomi masyarakat tempatan melalui program yang lestari. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Dr Fara Shafawati Mohd Taib_Ketua Projek Edu-Tourism, FST UKMDr. Sharina Abdul Halim-Ketua Pusat Penyelidikan ...

Dr Fara Shafawati Mohd Taib_Ketua Projek Edu-Tourism, FST UKM

Dr. Sharina Abdul Halim-Ketua Pusat Penyelidikan Langkawi, LESTARI UKM

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi