Madu Kelulut

3202 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
USM
Lebah kelulut menghasilkan pelbagai produk yang mendapat permintaan tinggi, termasuk madu (madu kelulut), propolis dan ...

Lebah kelulut menghasilkan pelbagai produk yang mendapat permintaan tinggi, termasuk madu (madu kelulut), propolis dan roti lebah (polen). Selain penghasilan produk ini, kelulut turut melakukan banyak aktiviti pendebungaan untuk memastikan hutan kita berada dalam keadaan terbaik. Kelulut juga merupakan komponen penting dalam biodiversiti Malaysia yang merupakan salah satu negara yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna. 

 

Ketika ini, lebah kelulut merupakan aset kritikal kepada peningkatan hasil pertanian melalui pendebungaan untuk jaminan kelestarian makanan. Oleh itu, pemeliharaan lebah kelulut harus dianggap sebagai medium utama untuk mencapai pembangunan lestari. Namun, jumlah koloni lebah liar di Malaysia dan luar negara terus menurun dan diancam oleh kehilangan habitat yang disebabkan oleh aktiviti pemburuan madu, pembalakan, pembangunan kawasan perumahan dan penggunaan racun perosak di ladang.

Usaha untuk mewujudkan pihak berkepentingan yang mendapat faedah langsung dari lebah adalah salah satu kaedah terbaik untuk memelihara lebah dan industri madu. Walaubagaimanapun, pengeluaran madu Malaysia dilihat masih terkongkong di pasaran tradisional disebabkan permasalahan kualiti dan jumlah pengeluaran yang menghalang potensi industri ini.Projek Reinventing Honey Quality (RHQ) telah dipelopori oleh Dr. Mohd Zulkifli Mustafa, pakar bedah veterinar yang mempunyai PhD dalam bidang sains otak. Kajian awal beliau bagi penggunaan madu untuk meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran telah mendorong beliau untuk mencari kaedah untuk meningkatkan pengeluaran madu berkualiti tinggi di Malaysia.

 

Projek RHQ telah bermula dengan matlamat yang jelas iaitu untuk meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran madu lebah tempatan. Pengkomersialan madu ini kemudian telah membantu menjana pendapatan langsung kepada masyarakat yang disasarkan, dan mendorong ke arah kearah pemuliharan lebah yang secara tidak langsung  menghasilkan kitaran yang memberi manfaat kepada ekologi (lebah & tumbuhan) dan masyarakat. Kitaran ini diringkaskan sebagai model KELULUNOMIC iaitu pertumbuhan sosio-ekonomi berasaskan kelulut. Sehingga kini, industri ini dilihat menjadi pemangkin kepada limpahan impak dalam masyarakat yang merangkumi produk baru, inovasi sosial, keusahawanan, minat pertanian dan kesejahteraan umum secara keseluruhan.

 

Pelbagai usaha telah dilaksanakan sejak tahun 2013 di bawah inisiatif RHQ yang telah menghasilkan rekaan berpaten yang penting seperti MUSTAFA-Hive, Modul Asas Peternakan Kelulut, HILDA System, HOPE, KEIFh-Device, SHAMS dan 17 Episod video pembelajaran telah dihasilkan. Hingga kini, lebih daripada 3000 orang penternak kelulut telah dilatih untuk menjalankan penternakan kelulut secara lestari dan menjadi pengeluar utama madu kelulut di Malaysia. Melalui kepentingan langsung kepada sektor sosio-ekonomi, implikasi dari projek ini telah membantu menawarkan peluang pekerjaan baru dan sumber pendapatan bagi rakyat Malaysia terutamanya yang berasal dari luar bandar dengan pendapatan rendah (B40). 

 

Aktiviti komersial melibatkan lebah kelulut juga kini memberi limpahan yang telah mendorong pertumbuhan pesat bagi industri hiliran pertanian, superfood, kosmetik dan pembangunan aplikasi serta cabang baru penyelidikan. Projek ini kini telah mewujudkan satu rantaian bekalan baharu untuk industri madu di Malaysia yang dapat menyokong madu untuk menjadi satu komoditi nasional yang baru. 

 

Usaha konservasi lebah oleh Universiti Sains Malaysia ini akhirnya diiktiraf oleh Pos Malaysia melalui stem nasional edisi khas Lebah Madu Malaysia! Hasil sumbangan Dr. Mohd Zulkifli dalam bidang ini juga telah  diiktiraf melalui penerimaan Anugerah Inovasi Pertanian Kebangsaan 2015 (hadiah wang tunai RM35000), Pingat Emas di Pertunjukan Inovasi Pertanian Malaysia 2015, Pingat Perak di PECIPTA 2017, Ikon Usahawan Negeri 2017, Anugerah Kakitangan Cemerlang 2017 & 2018, Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik di ICHSST, UK 2017, Anugerah Kepimpinan Masyarakat 2019 dan Anugerah Inovasi Pertanian Negara 2020.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Dr Mohd Zulkifli Mustafa, merupakan seorang doktor perubatan veterinar dengan kelulusan PhD dalam bidang sains ...

Dr Mohd Zulkifli Mustafa, merupakan seorang doktor perubatan veterinar dengan kelulusan PhD dalam bidang sains otak. Kajian beliau bagi penggunaan madu untuk peningkatan daya ingatan dan pembelajaran serta bagi rawatan pelbagai penyakit otak telah mendorong beliau untuk mencari jalan meningkatkan pengeluaran madu berkualiti tinggi di Malaysia.

 

Sebagai penyelidik, kajian beliau berkisar dalam kajian virus oncolytic, analisa molekular kaedah kematian sel, model haiwan bagi penyakit melibatkan barah otak, strok, sawan dan depresi. Beliau telah melengkapkan diri dengan skil dalam teknik 3-dimensi pengimejan laser terpusat, implan EEG telemetry dan microdialysis otak selain teknik analisa kelakuan. Beliau pada ketika ini menyelia 21 pelajar pasca siswazah dan 14 daripadanya telah bergraduasi. Beliau telah berjaya melaksanakan dan melengkapkan 4 geran nasional dan sedang mengetuai 4 geran luar yang bernilai lebih RM5 juta. Beliau juga telah menerbitkan lebih dari 20 jurnal berwasit, 1 buku dan 4 bab dalam buku selain telah memiliki 1 paten dan 4 trademarks berdaftar serta menunggu 3 paten lain dan 1 copyright.

 

Diperingkat nasional, beliau telah mempelopori inisitif “Reinventing Honey Quality” (RHQ). RHQ telah bermula dengan matlamat yang jelas iaitu untuk meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran madu lebah tempatan. Pengkomersialan madu ini kemudian telah membantu menjana pendapatan langsung kepada masyarakat yang disasarkan, dan mendorong ke arah kearah pemuliharan lebah yang secara tidak langsung  menghasilkan kitaran yang memberi manfaat kepada ekologi (lebah & tumbuhan) dan masyarakat. Kitaran ini diringkaskan sebagai model KELULUNOMIC iaitu pertumbuhan sosio-ekonomi berasaskan kelulut. Sehingga kini, industri ini dilihat menjadi pemangkin kepada limpahan impak dalam masyarakat yang merangkumi produk baru, inovasi sosial, keusahawanan, minat pertanian dan kesejahteraan umum secara keseluruhan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan sejak tahun 2013 di bawah inisiatif RHQ yang telah menghasilkan rekaan berpaten yang penting seperti MUSTAFA-Hive, Modul Asas Peternakan Kelulut, HILDA System, HOPE, KEIFh-Device, SHAMS dan 17 Episod video pembelajaran kelulut, selain dari kejayaan pembangunan kilang pemprosesan madu kelulut berstatus GMP, HACCP, ISO22000 dan Halal pertama dunia melalui kolaborasi bersama rakan industri Honeygold Enterprise (M) Sdn Bhd. 

 

Hingga kini, lebih daripada 3000 orang penternak kelulut telah dilatih untuk menjalankan penternakan kelulut secara lestari dan menjadi pengeluar utama madu kelulut di Malaysia. Melalui kepentingan langsung kepada sektor sosio-ekonomi, implikasi dari projek ini telah membantu menawarkan peluang pekerjaan baru dan sumber pendapatan bagi rakyat Malaysia terutamanya yang berasal dari luar bandar dengan pendapatan rendah (B40). Usaha konservasi lebah oleh Universiti Sains Malaysia ini akhirnya diiktiraf oleh Pos Malaysia melalui stem nasional edisi khas Lebah Madu Malaysia! Hasil sumbangan Dr. Mohd Zulkifli dalam bidang ini juga telah  diiktiraf melalui penerimaan Anugerah Inovasi Pertanian Kebangsaan 2015 (hadiah wang tunai RM35000), Pingat Emas di Pertunjukan Inovasi Pertanian Malaysia 2015, Pingat Perak di PECIPTA 2017, Ikon Usahawan Negeri 2017, Anugerah Kakitangan Cemerlang 2017 & 2018, Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik di ICHSST, UK 2017, Anugerah Kepimpinan Masyarakat 2019 dan Anugerah Inovasi Pertanian Negara 2020.

 

Dr Mohd Zulkifli seterusnya menubuhkan syarikat spin-off Brainey Sdn Bhd melalui kelulusan khas dana SPARK di USM pada tahun 2020. Syarikat ini meletakkan matlamat untuk metransformasi industri kelulut negara bagi mencapai potensi maksimum untuk menjadi komoditi baru negara yang dipacu inovasi.

 

DR. MOHD ZULKIFLI MUSTAFA

Pensyarah

Jabatan Neurosains

Pusat pengajian Sains Perubatan,

Universiti Sains Malaysia

Emel: zulkifli.mustafa@usm.my

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi