Resensi Karya: Kupasan Buku "Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020"

3163 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UIAM
Resensi Karya: “Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020” Edisi Semakan Dan Disunting oleh ...

Resensi Karya: “Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020” Edisi Semakan Dan Disunting oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak dan Prof. Dr. Rosnani Hashim Diterbitkan oleh IIUM Press Buku ini telah memenangi Anugerah Karya Suntingan Terbaik (Sains Sosial dan Kemanusiaan) oleh MAPIM-KPT 2019, Anugerah Buku Negara 2019 oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara Ditulis oleh Pakar-Pakar Akademik, Pentadbir dan Pengurus Akademik Tebal 413 Mukasurat 21 Bab dan 6 Tema Utama Tema 1: Konsep, Sejarah dan Peranan Falsafah Pendidikan Bab 2: Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai Wahana Global dan Antarabangsa ditulis oleh Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak Tema 2: Amalan dan Pengalaman Pendidikan Bersama FPK Tema 3: Cabaran Terhadap Pendidikan Pasca 2020 Tema 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Cabaran Pendidikan Masyarakat Majmuk Tema 5: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Impaknya Pada Pembangunan Sosial Tema 6: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pasca 2020 Bab 21: Hari Muka Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Adab, Akhlak, Limpahan Budi dan Sejahtera Antara Penyumbang-Penyumbang ialah: Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifi Abd Razak, Prof Dato’ Osman Bakar, Prof. Dr Rosnani Hashim, Prof. Dato’ Ahmad Murad Mohd Noor Merican, Datuk Amin Senin, Prof. Emeritus Dato Ibrahim Ahmad Bajunid, Prof. Datuk Awang Sariyan, Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN), dan kemudiannya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sudah berusia tiga dekad. Dalam jangkamasa 30 tahun, dunia telah banyak berubah, sesetengahnya berpaksikan kepada perkembangan pesat pendidikan tempatan dan sejagat, dan sebaliknya didesak pula oleh pelbagai pihak, khususnya industri serta ideologi lain, ke atas dunia pendidikan. Faktor ini sudah cukup memberi isyarat bahawa pendidikan wajar dipandu dan dibimbing supaya ia tidak diheret ke sana ke sini hingga terkeluar daripada matlamat serta acuan kita sendiri. Ini sekali gus meletakkan keyakinan bahawa apa juga penilaiannya kelak, FPK masih relevan dan sesuai untuk abad ke-21 dalam melangsungkan agenda pendidikan negara dan sejagat. Malah ini adalah antara tujuan utama buku ini, iaitu untuk memberi FPK nafas baru sesuai dengan zaman dan keadaan semasa. Untuk tujuan ini beberapa orang penulis yang pakar dalam bidang masing-masing telah diundang khas agar dapat berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam mengemudi FPK ke alam baru tanpa mengenepikan sejarah, hikmah dan liku- liku yang dialami dalam membentuk dan mencorak FPK sebagai kerangka utama pendidikan negara.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Pembentang: Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Moderator: ...

Pembentang: Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Moderator: Dr. Adlina Haji Ariffin Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, UIAM

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya