Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech)-Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

3429 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UniMAP
CeGeoGTech telah ditubuhkan pada bulan Julai 2011 dan bertempat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaysia ...

CeGeoGTech telah ditubuhkan pada bulan Julai 2011 dan bertempat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Pada awal penubuhannya dikenali sebagai Geo-Concrete dan dijenamakan semula sebagai Pusat Kecemerlangan Geopolimer & Teknologi Hijau (CEGeoGTech) pada 01 Mac 2015. CEGeoGTech mempunyai 103 orang penyelidik di UniMAP dan 53 orang penyelidik dari luar UniMAP termasuk di peringkat antarabangsa. CEGeoGTech mempunyai 9 kumpulan penyelidik yang memfokuskan penyelidikan dalam bidang Geopolymer, Bahan Elektronik, Rekabentuk Pembuatan, Polimer Termaju, Bio-perubatan, Teknologi Nano, Kelestarian Persekitaran, Elektro Kimia dan Seramik Hijau. CEGeoGTech telah menjalankan penyelidikan bersama dengan penyelidik-penyelidik dari 17 buah negara di peringkat antarabangsa. Setelah 10 tahun penubuhan, CEGeoGTech telah berjaya melahirkan 4 orang Saintis Penyelidikan Terkemuka Malaysia (Top Research Scientist Malaysia) yang diiktiraf oleh Akademi Sains Malaysia. Seramai lebih 200 orang pelajar peringkat Sarjana dan PhD telah berjaya dilahirkan, memperolehi geran penyelidikan melebihi 10 Juta dan telah memenangi pelbagai pingat, serta mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Prof. Madya Ir. Dr. Shayfull Zamree Bin Abd. Rahim - Ketua Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan ...

Prof. Madya Ir. Dr. Shayfull Zamree Bin Abd. Rahim - Ketua Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Malim Sarjana