Pusat Penyelidikan Ibnu UMMI Maktum (UMMI)

4991 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
USIM
Pusat Penyelidikan Ibnu UMMI Maktum (UMMI) yang ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai platform perkhidmatan, penyelidikan & ...

Pusat Penyelidikan Ibnu UMMI Maktum (UMMI) yang ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai platform perkhidmatan, penyelidikan & inovasi ke arah mempromosi keseimbangan hidup OKU khususnya dalam merealisasi konsep indahnya hidup beragama. Inisiatif ini merupakan usaha berterusan ke arah memperkasa peranan masyarakat & mengupaya komuniti OKU melalui ruang dan peluang OKU dididik menerima agama berasaskan kekuatan & kelainan upaya belajar mereka. Usaha ini selaras dengan hasrat USIM sebagai kampus barakah dan peneraju pendekatan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli. Visi UMMI adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan ulung yang dikenali dengan usaha mempromosi keseimbangan hidup OKU dan Misi memperkasa peranan masyarakat cakna OKU dan mengupaya komuniti OKU melalui pendekatan Islami demi kesejahteraan sejagat

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Dr Haji Norakyairee Bin Mohd Raus Pengarah, Pusat Penyelidikan Ibnu UMMI Maktum (UMMI)

Dr Haji Norakyairee Bin Mohd Raus 

Pengarah, Pusat Penyelidikan Ibnu UMMI Maktum (UMMI)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Malim Sarjana