Abric Language Gamification

4484 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UPSI
A-Smart Lu’bah merupakan gamifikasi bahasa Arab yang dibangunkan untuk membantu pelajar bagi menguasai tajuk ...

A-Smart Lu’bah merupakan gamifikasi bahasa Arab yang dibangunkan untuk membantu pelajar bagi menguasai tajuk asas yang terdapat dalam nahu melalui konsep didik hibur dengan aktiviti bermain sambil belajar. A-Smart Lu’bah merujuk kepada maksud Arabic (bahasa Arab), Skor ‘A’, Arrow (simbol anak panah dalam permainan-QR Kod) dan A.R teknologi (item yang digunakan dalam permainan ini). Terdapat empat tajuk asas yang terlibat dalam kajian ini iaitu frasa Idafiy, frasa Na’tiy, ayat kerjaan dan ayat namaan. Berpandukan kepada domain kognitif Bloom, semua tajuk ini distrukturkan kepada lapan sub-topik lain dalam bentuk permainan bahasa. Model intruksional ADDIE dan model Pengintegrasian Teknologi (TIP) digunakan dalam kajian ini. Kandungan sukatan gamifikasi ini meliputi sukatan bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Diniy (KBD). Gamifikasi ini menerapkan nilai-nilai interaktif dan teknologi yang akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan berpusatkan pelajar. Secara tidak langsung ia dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari dan menguasai nahu bahasa Arab secara lebih mudah dan berkesan di samping dapat melestarikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sejajar dengan pendekatan Pendidikan 4.0.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
PM.Dr.Saipolbarin bin Ramli merupakan seorang pensyarah kanan Bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan ...

PM.Dr.Saipolbarin bin Ramli merupakan seorang pensyarah kanan Bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Bidang kepakaran adalah berkaitan dengan Pengajaran Bahasa Arab Untuk Bukan Penutur. Bergiat aktif dalam menghasilkan produk inovasi berkaitan dengan aktiviti pengajaran bahasa Arab sama ada di peringkat sekolah mahu pun peringkat universiti. Berjaya memengangi anugerah pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu turut menjadi pakar rujuk berkaitan dengan kurikulum bahasa Arab di peringkat sekolah, institut perguruan dan universiti dalam dan luar negara. 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi