Penyelidikan Translasional di UiTM : "Reimagining Plastic Waste", Filem Ninavau dan Tekstil Pintar

4460 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UiTM
Penyelidikan Translational di UiTM : "Reimagining Plastic waste", filem Ninavau dan Tekstil Pintar 1. Kesedaran yang tinggi ...

Penyelidikan Translational di UiTM : "Reimagining Plastic waste", filem Ninavau dan Tekstil Pintar 1. Kesedaran yang tinggi untuk memastikan kelestarian bahan polimer plastik telah menggalakkan penyelidik UiTM untuk terus menjalankan penyelidikan ke atas bahan buangan plastik. Idea ini tercetus berikutan lambakan bahan buangan yang berpotensi untuk diproses semula bagi dijadikan bahan yang berguna. Prof Madaya Dr Hussain Ismail dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kejuruteraan UiTM dan rakan penyelidik telah mengitar bahan buangan daripada kerusi plastik dan diproses semula menjadi pemegang kad (card holder). Mereka juga telah mereka mesin yang sesuai untuk memproses bahan buangan untuk menukar bentuknya yang lebih kecil, lalu dibentuk semula melalui proses tertentu. Kepakaran ini telah dimanfaat, diperluas dan dikongsikan kepada pelajar-pelajar universiti dan pelajar sekolah sekitar kampus UiTM Shah Alam melalui kempen kesedaran dan bengkel-bengkel berkaitan. Kempen ini mengajak mereka untuk mengitar semula bahan buangan demi memastikan kelestarian alam ini terus diperluas. Kerjasama dengan pelajar sekolah contohnya telah menghasilkan keychain untuk dijadikan buah tangan ketika sesi perkongsian dan bengkel di universiti. Penyelidik percaya sikap yang baik untuk terus mengitar semula bahan buangan hasrus bermula dari rumah dan disokong oleh persekitaran yang menggalakkan. Mereka bertekad bahawa kita hasrus terus selamatkan bumi ini! 2. Filem Ninavau berkisarkan tenatng seorang gadis yang menganuti agama kristian yang berasal dari Borneo. Beliau kemudian berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan keadaan sekeliling memikat hati nya untuk menukar agama ke agama islam. Filem pendek ini digarap berdasarkan kisah benar seorang wanita yang terpaksa berhadapan dengan konflik keluarganya akhirnya mengetahui beliau telah bertukar agama. Antara babak menarik filem pendek yang terpilih di Pesta Filem kita dan memenangi geran berjumlah RM9,000.00, adalah, keengganan beliau untuk makan makanan yang dihidang keluarga dan enggan ke gereja. Konflik hebat dalam masyarakat dalam filem ini telah sarat dengan elemen pengorbanan, kasih sayang, dan kepercayaan. Dengan mengetengahlan permasalah perasaan, emosi dan mental masyarakat, filem telah berjaya dalam pengkisahannya untuk membawa satau pengajaran yang meruntun jiwa. 3. Penyelidikan berkenaan tekstil pintar telah dipelopori oleh Profesor Ts. Dr Mohd Rozi Ahmad, peyelidik dari Fakulti Sains Gunaan UiTM. Idea untuk menghasilkan tekstil yang bercirikan logam ini tercetus berikutan keperluan untuk mempunyai fabrik dalam kegunaan ‘electromagnetic shieldings’. Dalam penyelidikan ini, kuprum dan poliester telah di dijalinkan melalui proses bebenang, dan fabrik bernama ‘fancy yarn’ dihasilkan. Fabrik ini hanya dapat dihasilkan melalui mesin yang diubahsuai, yang dipanggil ‘fancy yarn twisting machine’. Kajian ini telah melibatkan penyelidik dari Pusat Pengajian kejuruteraan Elektrik, Kolej Kejuteraan UiTM. Hasil penyelidikan yang hebat ini adalah bukti kolaborasi rentas disiplin yang kukuh dan bersinergi. Pihak Industri, Ara Bostana Sdn Bhd telah menunjukkan minat dalam membantu mengkomersilkan hasil kajian ini, berikutan kejayaan kerjasama startegik yang lepas.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Professor Madya Dr Hussain Ismail merupakan seorang pensyarah di Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA ...

Professor Madya Dr Hussain Ismail merupakan seorang pensyarah di Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA sejak Februari 2001. Beliau memulakan pendidikan di peringkat tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum menyambung pengajian ijazah kedoktoran di Sheffield University, UK. Beliau terlibat aktif dengan penyelidikan khususnya di dalam bidang metallurgy. Bebbra Mailin adalah pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA di Malaysia. . Beliau memperolehi diploma dan ijazah pertama di dalam bidang teknologi kreatif dari Universiti Teknologi MARA sebelum menyambung ijazah Sarjana dalam Komunikasi dalam Kajian Layar dari Universiti Science Malaysia. Beliau telah terlibat dalam sejumlah filem pendek yang diterima dengan baik di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Filem pendek percubaan pertamanya Eye Love memenangi Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (2011). Filem pendek keduanya Langad Di Odu (Nenek Rindu) memenangi Filem Terbaik di Borneo Eco Film Festival (2012). Pada tahun 2016, projek dokumenternya Rapuh (Fragile) dipilih dan ditayangkan di Visual Documentary Project di Kyoto University dan di Tokyo. Professor Madya Dr Mohd Rozi Ahmad merupakan seorang pensyarah di Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA sejak Januari 2001. Beliau memperolehi diploma di dalam bidang teknologi tekstil dari UiTM, sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah pertama dan sarjana di dalam bidang kejuruteraan tekstil di Philadelphia College of Textile and Science, USA dan Leeds University, UK. Beliau memperolehi ijazah kedoktoran dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau terlibat aktif dengan penyelidikan di dalam bidang “technical & smart textiles”.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi