Buku Jurulatih Bolasepak Berjaya

4898 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UPSI
Buku Jurulatih Bolasepak Berjaya : Informasi dan Panduan ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan panduan dan ...

Buku Jurulatih Bolasepak Berjaya : Informasi dan Panduan ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada jurulatih, bakal jurulatih, yang bercita - cita menjadi jurulatih, guru-guru sukan serta penggiat bola sepak, dengan mengetahui apakah ilmu pengetahuan yang perlu dilkuasai oleh jurulatih bolasepak sebelum mereka boleh Berjaya sebagai jurulatih. Buku ini dibahagikan kepada dua belas bab yang merangkumi pelbagai  aspek dalam bolasepak khusus untuk jurulatih pada peringkat awal kerjaya jurulatih. Kesemua aspek yang difikirkan perlu dikuasai oleh jurulatih seperti  teknikal, taktikal, kecergasan fizikal, dan mental, di sertakan dalam buku ini Selain itu, turut dibincangkan adalah aspek periodisasi latihan bolasepak, pemakanan, persediaan dan pertimbangan dalam merancang sesi latihan bolasepak, asas dan peranan jurulatih bolasepak, persiapan mental pemain bolasepak remaja, perbezaan melatih pemain remaja berbanding pemain dewasa , kerjaya jurulatih dan proses kejurulatihan. Dalam bab terakhir buku ini penulis menyediakan cadangan rancangan latihan yang diyakini dapat dijadikan panduan oleh para jurulatih bolasepak. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan dapat menjadi sumber informasi dan panduan kepada para jurulatih bolasepak pada peringkat permulaan untuk terus menimba ilmu pengetahuan dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih bolasepak berjaya.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Zulakbal Abd Karim (PhD) merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Kejurulatihan, Fakulti Sains Sukan ...

Zulakbal Abd Karim (PhD) merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Kejurulatihan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Memiliki Diploma Kejurulatihan Bola Sepak Profesional dan Doktor Falsafah Sains Kejurulatihan, dari Victoria University, Melbourne. Mengendalikan kursus kejurulatihan bola sepak peringkat Lesen D dan C FAM dan AFC. Memulakan kerjaya sebagai guru Pendidikan Jasmani dan pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2007.  Ketua Jurulatih pasukan Malaysia bawah 18 tahun ke Kejohanan Sekolah Asia di Mokpo, Korea pada 2010. Penolong Ketua Jurulatih Liga Perdana Kuala Lumpur FA, UiTM FC, dan Selangor United FC musim 2015 hingga 2018. Aktif membentangkan kertas kerja persidangan di Melbourne, Los Angeles, Oregon, Sarajevo, Seoul, Hanoi dan Osaka dan menjalani program bola sepak selama tiga bulan di Sao Paolo, Brazil pada tahun 2019. Menyandang jawatan Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan & Pembangunan Ahli Gabungan FAM (2021-2025). 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya