APLIKASI MUSLIM TEACHER'S GUIDE

3781 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
USIM
APLIKASI MUSLIM TEACHER'S GUIDE Satu aplikasi mudah alih yang berasaskan konsep pendidikan Islam Prasekolah ...

APLIKASI MUSLIM TEACHER'S GUIDE

 

Satu aplikasi mudah alih yang berasaskan konsep pendidikan Islam Prasekolah oleh Al-Ghazali dan Nasih Ulwan iaitu Muslim Teachers’ Guide telah dibangunkan bertujuan untuk melahirkan generasi Rabbani. 

 

Aplikasi Muslim Teachers’ Guide bertujuan untuk memupuk tiga nilai utama iaitu Sayang, Tanggungjawab dan Hormat. Dalam memupuk dan mendidik nilai kasih sayang, menanam sikap tanggungjawab dan rasa hormat boleh dibahagikan kepada lima (5) modul iaitu Akidah, Ibadah, Sirah, Akhlak dan Bahasa Al-Quran.

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan akidah Islam dalam kehidupan harian melalui penerapan nilai kasih sayang, menanam rasa tanggungjawab di dalam jiwa mereka, disamping memupuk sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Aplikasi mudah alih ini sangat signifikan ketika ini terutamanya ketika masyarakat mendepani krisis ekonomi dan sosial akibat pandemik Covid-19 di mana penyampaian modul asas pendidikan Islam dapat membantu para guru dan ibu bapa mendidik anak-anak mereka dari rumah.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang

 Prof. Madya Dr. Nur Kareelawati Abd Karim (Ketua Penyelidik)


Kategori Program
Inovasi