Mentor: Bicara Penyelidikan: Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan Inovasi

4040 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UKM
Penulisan dan penghasilan artikel dalam Bahasa Melayu boleh digambarkan sebagai satu kejayaan besar dalam menyebarluaskan ...

Penulisan dan penghasilan artikel dalam Bahasa Melayu boleh digambarkan sebagai satu kejayaan besar dalam menyebarluaskan hasil penyelidikan berbahasa melayu selaras dengan misi UKM iaitu untuk menjadi universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. Bicara penyelidikan dan sesi perkongsian  adalah merupakan platform terbaik bagi para penyelidik berkongsi pengalaman, pengetahuan dan tips berkenaan penulisan dan penerbitan berbahasa Melayu dalam kalangan penyelidik-penyelidik. Pengetahuan dan perkongsian ini dijangka akan membantu dalam meningkatkan penerbitan berbahasa melayu seperti yang disarankan oleh pihak universiti. Sehubungan itu, Pusat IDEA UKM bersama Kluster Penyelidikan telah bekerjasama bagi menganjurkan bicara penyelidikan yang akan membicarakan tentang Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan Inovasi dengan Jemputan Mentor yang memperjuangkan pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan Inovasi.

 

Panel Mentor pertama adalah YBhg Prof. Dato Dr. Wan Ramli yang juga merupakan Penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2020, kerana memartabatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan penyelidikan dalam kejuruteraan di Universiti awam. Beliau telah disenaraikan sebagai seorang daripada Minda Saintifik Dunia Paling Berpengaruh (World’s Most Influential Scientific Minds) iaitu 1% saintis tertinggi Dunia dan Penyelidik Paling Banyak Dikutip Karyanya dalam kejuruteraan sebanyak enam kali pada 2015 dan 2016 oleh Thomson Reuters, 2017, 2018, 2019, dan 2020 oleh Clarivate Analytics.

 

Panel Mentor yang kedua adalah Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin. Beliau aktif melaksanakan kerja penyelidikan, penerbitan buku dan artikel jurnal. Setakat ini telah berjaya mengumpulkan dana berjumlah 2.3 juta untuk penyelidikan dan menghasilkan lebih 200 buku dan artikel. Di peringkat antarabangsa, beliau dilantik sebagai pakar rujuk bahasa Melayu oleh Kementerian Pendidikan Singapura selama 10 tahun. Beliau juga merupakan Pemenang Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu Negara (2014), Anugerah MYRA (Penerbitan dan Keseluruhan (2020), Anugerah Bitara Akademia Bahasa Melayu UKM (2017, 2021). 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
YBhg Prof. Dato Dr. Wan RamliFakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB)Universiti Kebangsaan MalaysiaPenerima Anugerah ...

YBhg Prof. Dato Dr. Wan Ramli

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2020

 

YBhg Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014

 

YBhg Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor @Johari Mastor

Dekan Pusat Pengajian CITRA Universiti

Merangkap Ketua JK Pemerkasaan Bahasa Melayu (P&I) UKM

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Mentor