Inovasi: Projek Gegar Gamat UKM Siri 2

3582 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UKM
Projek penyelidikan CAISER (Computer Assisted Intelligent Event Processor) yang bermula pada tahun 2011 melalui penyelidikan Doktor ...

Projek penyelidikan CAISER (Computer Assisted Intelligent Event Processor) yang bermula pada tahun 2011 melalui penyelidikan Doktor Falsafah (PhD) oleh Prof Madya Dr Mohamad Hanif Saad kini telah merentasi Dubai. Sistem pintar paling kompleks yang telah dibangunkan menggunakan platform CAISER adalah Sistem Pemantauan dan Notifikasi Rangkaian yang digunakan oleh unit ICT Perbadanan Putrajaya. CAISER adalah teknologi platform yang membolehkan penciptaan sistem pintar menggunakan pendekatan Pemprosesan Peristiwa Kompleks (Complex Event Processing, CEP). CAISER memiliki tiga kategori komponen utama di dalam platformnya iaitu komponen penyesuaian pemerolehan data dari persekitaran, komponen pengesan dan pemproses peritiwa serta komponen penyesuai perlaksanaan tindakan mitigasi. Diantara contoh-contoh penyesuai yang telah dibangunkan adalah penyesuai robot pengawasan, penyesuai CCTV pintar, penyesuai Unit Terminal Jauh (Remote Terminal Unit, RTU; digunakan untuk memperoleh data dari lapangan), penyesuaian antara muka Pengawal Logic Bolehatur (Programmable Logic Controller, PLC), penyesuaian komunikasi melalui Telegram dan banyak lagi. Sebagai contoh, beberapa buah blok penyesuai CCTV pintar boleh digabungkan bersama blok penyesuaian Telegram serta pemproses peristiwa CAISER untuk membangunkan sistem pengawasan pintar yang mampu mengesan kelakuan manusia dalam persekitaran dan menghantar notifikasi melalui Telegram bagi peristiwa yang bersifat anomali seperti pergerakan individu mundar-mandir dihadapan pejabat pada jam 12 tengah malam.

 

Sistem pengeringan terbantu suria digunakan untuk proses pengeringan bahan pertanian,perikanan dan produk komersil lain. Penyelidikan dalam teknologi pengeringan suria telah dilakukan secara aktif di Institut Penyelidikan Tenaga Suria SERI dengan kerjasama industri. Hasil kerjasama ini telah menghasilkan tiga prototaip pengering suria. Pengering pertama adalah hasil kerjasama dengan syarikat TechCera Malaysia Sdn Bhd di Bidor, Perak. Pengeringan dilakukan terhadap tanah liat sericite mica yang mempunyai hasil komersial dalam sektor pembinaan dan industri kimpalan. Kerjasama dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara LKTN menghasilkan pengering suria kedua di Chuping Perlis. Pengering ini digunakan untuk serat kenaf Hibiscus Cannabinus L. Kedua-dua sistem ini mempunyai pengumpul suria jenis bendalir kerja air dan memindahkan haba melalui penukar haba serta menghasilkan udara panas untuk proses pengeringan. Pengering ketiga menggunakan pengumpul suria udara untuk produk herba bermutu tinggi seperti tongkat ali dan kacip fatimah dan dijalankan di Kampung Chendahan, Tasik Chini, Pahang. Kesemua pengeringan suria ini mempunyai nilai daya saing berbanding pengering bahan api fosil. Pengering suria mempunyai banyak kelebihan terutama dari aspek mesra alam berbanding pengering konvensional.

 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif SaadKetua Projek Penyelidikan CAISERâ„¢, FKAB UKM Prof. Dato' Ts. ...

Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Saad

Ketua Projek Penyelidikan CAISERâ„¢, FKAB UKM

 

Prof. Dato' Ts. Dr. Kamaruzzaman Sopian

Pengarah, Institut Penyelidikan Tenaga Suria SERI, UKM

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi