RESENSI BUKU DIET AHLI SUFI

4175 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UUM
Resensi ini membincangkan dan membongkar tatacara pengambilan makanan yang dipraktikkan oleh golongan sufi. Pengambilan makanan ...

Resensi ini membincangkan dan membongkar tatacara pengambilan makanan yang dipraktikkan oleh golongan sufi. Pengambilan makanan yang tepat penting kerana pengaruhnya yang cukup besar terhadap akhlak dan perkembangan kerohanian. Definisi makanan mencakupi bidang yang sangat luas termasuklah penggunaan dan pemakaian sesuatu peralatan atau bahan untuk memenuhi keperluan seharian.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
DR. ROSNAAINI HAMID Dr. Rosnaaini Hamid dilahirkan di Simpang Empat Kuar, Kedah pada 17 Mac 1966. Beliau ...

DR. ROSNAAINI HAMID Dr. Rosnaaini Hamid dilahirkan di Simpang Empat Kuar, Kedah pada 17 Mac 1966. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Matang Paku, Ayer Hitam, Kedah. Beliau menyambung pelajaran di Madrasah Taufikiyyah Khairiyyah Hilimiyyah yang terkenal dengan panggilan Pondok Pak Ya, Padang Lumat, Kedah sehingga tingkatan tiga; di Maktab Mahmud, Alor Setar sehingga tamat tingkatan lima; dan di Sekolah Agama Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sehingga tamat tingkatan enam atas. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ijazah pertama di Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian menyambung pengajian dalam ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam jurusan yang sama di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Kini, bertugas sebagai pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Beliau meminati bidang tasawuf dan aktif menghasilkan karya dalam bidang tersebut. Antara karya yang dihasilkan ialah Rahsia Aplikasi Wuduk Ahli Sufi (2012), Pendidikan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman (2012), Penghayatan Solat (2014), Adab sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah (2015), Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail - Tokoh Tarekat Naqshabandiyyah (2015), Kematian yang Indah (2017), Adab-Adab selepas Suluk - Tarekat Naqshabandiyyah (2018) dan Gelagat Perkahwinan Melayu Islam Menerusi Filem P.Ramlee (2018).

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya