DINAMIKA INOVASI PRODUK KEUSAHAWANAN

2470 dilihat - 3 tahun yang lepas

Default Photo
UMK
KING ODEN HQBermula dengan perniagaan di kiosk yang disediakan oleh Institut keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan ...

KING ODEN HQ

Bermula dengan perniagaan di kiosk yang disediakan oleh Institut keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan UMKEI), dua orang usahawan pelajar UMK dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) yang keduanya berumur 24 tahun, Imej Jibril bin Mohd Nasir dan Wan Azehan Hilmi bin Wan Abdul Halim kini telah berjaya meletakkan nama King Oden sebagai salah satu jenama yang menjadi pilihan penggemar makanan ringan segera, oden di seluruh negara. Lebih manis, perniagaan King Oden hasil titik peluh dan inovasi dua orang anak muda masing-masing berasal dari Bachok dan Kota Bharu ini, kini telah mencapai nilai jualan hampir RM 900,000.

 

DWANS COLLECTION

Perniagaan Dwans Collection milik Wan Nurul Aida Nazwa binti Wan Ahmad, pelajar tahun 2 Sarjana Muda Keusahawanan dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan menjadikan koleksi pakaian fesyen wanita sebagai taruhan dalam perniagaannya. Pengalaman yang dimiliki dalam dunia perniagaan pakaian selama 2 tahun sebagai dropship dan agent jenama pakaian lain, digunakan sepenuhnya oleh Aida untuk membina jenama pakaiannya sendiri. Lebih menarik, rekaan produk-produk keluaran Dwans Collection ini adalah hasil kreativiti, idea, dan sentuhan pengasasnya sendiri.

 

VCENDOL

Tuan Muhammad Muiz Tuan Nordin, anak jati Pasir Puteh, Kelantan ini mula mendapat ilham dan idea untuk membangunkan syarikat Versatile Food & Beverage melalui satu pertandingan pitching anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mempertaruhkan VCendol, sebuah produk inovasi cendol di dalam botol yang pertama di Malaysia. Kini, produk VCendol hasil olahan kreatif sosok pelajar tahun 4, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) ini telah berjaya mendapat tempat di hati para penggemar minuman cendol di seluruh negara dengan membariskan tiga perisa pilihan ramai iaitu Pandan, Strawberi dan juga Mangga sebagai nilai tambah terhadap produk VCendol.

 

 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang

Prof. Madya Dr Mohammad bin Ismail
Pengarah Kanan UMKEI


Kategori Program
Inovasi