INOVASI PILIHAN: MODEL BANKS SUSU PATUH SYARIAH (MBSPS) & CAJUHEALER

2577 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UniSZA
Video ini memaparkan dua produk inovasi pilihan yang telah dilaksanakan oleh penyelidik UniSZA. Inovasi pertama, ...

Video ini memaparkan dua produk inovasi pilihan yang telah dilaksanakan oleh penyelidik UniSZA. Inovasi pertama, Model Bank Susu Patuh Syariah (MBSPS), merupakan satu model yang dicipta khusus untuk membantu bayi pramatang yang sangat memerlukan susu ibu. Ia dicipta dalam bentuk Model untuk membantu pihak berwajib membina bank susu secara patuh syariah di Malaysia. Produk ini memberi impak yang besar kepada masyarakat terutamanya untuk menyelamatkan nyawa bayi pramatang. 

 

Inovasi kedua, Cajuhealer, merupakan produk pati minyak gelam yang dihasilkan daripada pengekstrakan daun pokok gelam. Produk ini berjaya dihasilkan secara komersil dengan menggunakan konsep 3R dan Waste to Wealth. Produk ini dapat memberikan manfaat kesihatan seperti aromaterapi, migrain, merawat radang kulit,anti-serangga, sakit sendi dan lain-lain lagi.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
1) MBSPS diketuai Prof. Madya Dr. Normadiah Binti Daud, Pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI)&...

1) MBSPS diketuai Prof. Madya Dr. Normadiah Binti Daud, Pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI)

 

2) Cajuhelaer diketuai oleh Prof. Dr. Hafizan Juahir, Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi