Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) UKM: Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI) dan Institut Kejuruteraan Mikro ...

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) UKM: Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI) dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Baca Seterusnya Baca Sedikit
5529 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UKM
Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI), UKM telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) oleh ...

Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI), UKM telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2009. Fokus utama UMBI adalah memberikan tumpuan kepada penyelidikan biomarker barah. UMBI mempunyai makmal utama yang menyediakan teknologi platform dan analisis dalam genomik, transkriptomik dan proteomik. UMBI memiliki dua Makmal Penyelidikan yang diiktiraf dan mematuhi piawaian antarabangsa. Makmal penyelidikan tersebut menawarkan ujian diagnostik molekul untuk pelbagai penyakit termasuk kanser yang merupakan makmal penjujukan Genom tercanggih di Malaysia. Di peringkat antarabangsa UMBI telah menjalankan beberapa projek termasuk Projek Angkasa, The Malaysian Cohort, projek Epigenome dan MYGenome. Yang terkini, pada tahun 2020, UMBI telah menubuhkan Makmal Saringan Covid-19, yang menjalankan ujian saringan RTP-CR dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan WHO. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) secara rasmi ditubuhkan pada bulan November 2002 yang merupakan inisiatif strategik untuk menjalankan penyelidikan multidisiplin mengenai Microengineering, Nanoelectronics dan Nanoteknologi yang menyediakan pusat penyelidikan nasional untuk Malaysia. Visi IMEN adalah untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan bertaraf dunia dalam bidang teknik mikro dan nanoelektronik dan misi mereka adalah untuk mengembangkan dan unggul dalam penyelidikan dalam teknologi mikro dan nanoelektronik, MEMS dan mikrosensor, elektronik organik, fotonik dan teknologi VLSI sehingga dapat menyumbang kepada kemajuan teknologi Malaysia. Pada tahun 2011, Imen telah dipilih sebagai salah satu pusat cemerlang Nanoteknologi Malaysia. Sehingga kini, institut ini telah menjalin kerjasama penyelidikan antarabangsa dengan 13 institusi termasuk Pusat Penyelidikan Semikonduktor Antara Universiti Seoul National University, Kyungpook National University Korea, Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, Kyoto University, Jepun dan National University of Singapore. Di peringkat nasional, IMEN telah menjalin kerjasama dengan Telekom Research & Development dan MIMOS Berhad.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Pengarah, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) dan Pengarah, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Pengarah, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) dan Pengarah, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Malim Sarjana