FLAGSHIP: MARINE SCHOOL

4248 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UIAM
Bumi yang kita diami didominasi oleh persekitaran yang berasaskan air. Dengan 70 peratus dari keseluruhan bumi ...

Bumi yang kita diami didominasi oleh persekitaran yang berasaskan air. Dengan 70 peratus dari keseluruhan bumi adalah merupakan persekitaran marin, sedar tidak sedar manusia mempunyai peranan penting terhadap lautan. Isu perubahan iklim, pemanasan global, pencemaran plastik, pengasidan air laut, pelunturan terumbu karang dan penangkapan ikan berlebihan adalah antara isu-isu yang sentiasa berkumandang dan menyebabkan kita terfikir adakah semua isu ini adalah kerana tindakan manusia? Objektif Marine School adalah untuk menyemai dan meyemarakkan pendidikan mengenai lautan dan kepentingannya dalam sistem pendidikan masakini. Konsep utama adalah mengutamakan hubungkait dan interaksi antara manusia dengan lautan dan seterusnya memahami peranan dan impak perbuatan oleh tindakan manusia. Dengan kefahaman ilmu yang diberi, ianya akan membuka ruang-ruang kepimpinan dan tanggungjawab dalam masyarakat untuk meneroka tindakan yang signifikan bagi memastikan kemampanan planet biru yang kita diami ini.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Dr. Mohd Fuad Miskon merupakan pakar bidang pencemaran laut dan pensyarah di Kulliyah Sains, Universiti ...

Dr. Mohd Fuad Miskon merupakan pakar bidang pencemaran laut dan pensyarah di Kulliyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa. Ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan di Institut Oseanografi dan Pengajian Maritim. Beliau aktif dalam penyelidikan berkaitan pencemaran laut dan alam sekitar serta aktif dalam program-program kesedaran dan perkongsian ilmu berkaitan lautan dengan masyarakat.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Pameran Maya