Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)

4827 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UniSZA
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) ditubuhkan pada 1 Disember 2013. ESERI merupakan sebuah pusat kecemerlangan ...

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) ditubuhkan pada 1 Disember 2013. ESERI merupakan sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan yang berfokuskan kepada sains forensic alam sekitar, kejuruteraan kualiti alam sekitar, pengurusan risiko dan pelan tindakan kecemasan alam sekitar. Penubuhan ESERI  adalah bertepatan dan merupakan suatu keperluan dalam menangani dan menjuarai isu-isu berkaitan alam sekitar  di  Malaysia khususnya  di Pantai  Timur. Dalam hal ini,  ESERI memainkan peranan  yang sangat  penting dalam menyediakan  khidmat sokongan  saintifik kepada agensi-agensi kerajaan yang terbabit bagi tujuan penguatkuasaan   peraturan-peraturan untuk pemuliharaan dan pemantauan kualiti alam sekitar. Berteraskan bidang-bidang baharu di Malaysia ESERI menawarkan kepakaran dalam bidang seperti Kejuruteraan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Engineering), Teknik Perlombongan Data (Data Mining Techniques) seperti Kemometrik/Envirometrik serta pengwujudan Sistem Makmal Forensik Pintar Alam Sekitar. Selain itu, ESERI juga memiliki tenaga pakar dalam bidang Teknologi Alam Sekitar,  Teknologi Rawatan Air, Kualiti Air, Hidrologi, Sains Angkasa (Astronomi) serta Sains Sukan dan Rekreasi. Di samping itu, dengan berpegang pada prinsip “bekerja dengan apa yang ada” serta “inovasi kos rendah” ESERI juga sangat aktif dan giat dalam membangunkan pelbagai produk inovasi. Hasilnya, pelbagai produk inovasi telah berjaya dibangunkan serta dapat dimanfaatkan oleh ramai pihak terutamanya komuniti.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Profesor Dr. Hafizan bin JuahirPengarah, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)

Profesor Dr. Hafizan bin Juahir

Pengarah, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Malim Sarjana