Projek Inovasi dari Centre for Unmanned Technologies (CUTe) 2020/2021

4796 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UIAM
Centre for Unmanned Technologies (CUTe) atau Pusat Teknologi Tanpa Pemandu merupakan salah satu Pusat di ...

Centre for Unmanned Technologies (CUTe) atau Pusat Teknologi Tanpa Pemandu merupakan salah satu Pusat di bawah Program Industry@University: 4IR Competence Center bersama MITI dan Kementrian Pengajian Tinggi. Kekuatan kami adalah Jaringan bersama Industri dalam penghasilan Produk yang berinovasi tinggi dan mengikut aliran perkembangan teknologi dan R&D semasa di dunia. Walaupun penubuhan CUTe belum lagi mencecah tempoh 3 tahun, namun jumlah MoA Projek bersama Industri telah melebihi angka 10 dan kesemuanya perlu melepasi sasaran TRL 6 dan ke atas ! Ahlinya yang berinovasi terdiri dari pelbagai Jabatan antaranya Kejuruteraan Mekatronik, Komputer & Informasi, Aeroangkasa, Mekanikal, Manufacturing dan ICT. Terdapat 8 buah makmal di CUTe dan Teknologi Unmanned System yang dibangunkan di makmal CUTe merangakumi dari kegunaan di air, darat dan juga udara.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Assoc. Prof. Dr. Zulkifli bin Zainal Abidin, Pengarah, Centre for Unmanned Technologies (CUTe), memiliki Ijazah ...

Assoc. Prof. Dr. Zulkifli bin Zainal Abidin, Pengarah, Centre for Unmanned Technologies (CUTe), memiliki Ijazah Sarjana Muda (Computer and Information Engineering) IIUM, 2003, MSc. and Ph.D (Robotics), USM, 2007 & 2013. Sejak tahun 2013, beliau amat aktif membuat penyelidikan bersama pelbagai industri dan agensi kerajaan sebagai juruperunding dan pakar robotik. Beberapa Inovasi pilihan dibentangkan oleh Ketua Penyelidik dibawah selian CUTe. 

1)A.P Dr. Fadly Jashi Darsivan 

2)Dr. Hasan Firdaus Mohd. Zaki 

3)Dr. Ahmad Imran Ibrahim 

4)Ts. A.P. Dr. Yasir Mohd Mustafah 

5)Dr. Muhammad Hanafi Bin Azami 

6)Dr. Marmeezee Mohd Yusoff 

7)Dr. Alia Farhana Abdul Ghaffar 

8)Dr. Khairul Affendy Md. Nor 

9)Dr. Hazlina Md. Yusof

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi