Mentor@UniSZA

4760 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UniSZA
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Centre for Talent and ...

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). 

Centre for Talent and Training Management (CenTTM) 

 

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA atau ringkasnya CenTTM telah ditubuhkan pada 2019 dan memfokus kepada penawaran program pemerkasaan bakat dan latihan untuk semua staf UniSZA sejajar dengan agenda strategik pendidikan tinggi Malaysia. 

Pembentukan program latihan adalah berlandaskan kompetensi dan disandarkan kepada lapan nilai teras UniSZA iaitu ilmu, iman dan akhlak, amal, kepimpinan, kolaborasi, keusahawanan, inovasi dan transformasi yang dikenali sebagai nilai Naseem. Program latihan CenTTM juga menjurus kepada pembangunan profesional berterusan bagi memenuhi dasar latihan sumber manusia sektor awam negara.

Program kepimpinan anjuran CenTTM tertumpu kepada mencungkil dan mengasah kemahiran ahli kolam bakat dan bakat muda yang berpotensi meneraju kepimpinan universiti dan menepati keperluan pembangunan negara. Program latihan CenTTM dilaksanakan secara berfokus bagi memantapkan kualiti perkhidmatan seluruh warga UniSZA. 

CenTTM sentiasa mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat dan perkongsian ilmu bersama komuniti sejajar dengan falsafah universiti iaitu Ilmu Demi Faedah Insan

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Prof. Dr. Noorhayati Mansor, CMA. Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan Universiti ...

Prof. Dr. Noorhayati Mansor, CMA. 

Pengarah, 

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan 

Universiti Sultan Zainan Abidin.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Mentor