AKUATROP menerajui Kelestarian Akuakultur Shellfish untuk Makanan Masa Hadapan

4931 dilihat - 3 tahun yang lepas

User Photo
UMT
AKUATROP menerima pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) pada 3 November 2020 di bawah teras Penyelidikan ...

AKUATROP menerima pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) pada 3 November 2020 di bawah teras Penyelidikan dan Inovasi. Nic penyelidikan AKUATROP adalah Future Food dengan tema penyelidikan “Sustainable Shellfish Aquaculture“. Di bawah tema ini, fokus utama penyelidikan adalah kumpulan spesis bercengkerang seperti udang galah, udang kara, udang laut, ketam bakau dan juga tiram.

 

Empat (4) program penyelidikan telah dibangunkan dalam program HICoE ini, iaitu Kelestarian Sumber Shellfish, Teknologi Pembiakbakaan Shellfish, Teknologi Hijau Shellfish dan Kesihatan Shellfish dan Jaminan Kualiti Makanan. Seramai 15 orang penyelidik tersohor di UMT telah dihimpunkan bagi menerajui penyelidikan di bawah dana HICoE ini.

 

Melalui klip yang berdurasi lebih kurang 8 minit ini, HICoE AKUATROP menonjolkan setiap program penyelidikan yang telah dibangunkan. Program pertama adalah Kelestarian Sumber Shellfish. Dijelaskan peranan program ini dalam pengurusan sumber semulajadi untuk kelestarian sumber perikanan dan akuakultur. Selain menjalankan penyelidikan berkaitan genetik hidupan akuakultur, program ini turut mengkaji berkaitan pemuliharaan Kima Gergasi yang terjejas akibat kesan iklim semasa seterusnya memberi kesan kepada ekopelancongan negara.

 

Program kedua adalah Teknologi Pembiakbakaan Shellfish. Program ini memfokuskan kepada pengembangan dan pembangunan teknologi pembiakbakaan berkaitan spesies shellfish. Ia akan menjalankan penyelidikan ke arah menghasilkan induk yang sihat, mampan seterusnya memberikan menafaat kepada pengusaha industri akuakultur negara.

 

Program ketiga adalah berkaitan teknologi ternakan hijau. Program ini penting dan harus diberi fokus bagi mengatasi masalah perubahan iklim dan pemanasan global. Turut dikongsikan ialah teknologi biofloc di mana ia merupakan teknologi yang dibangunkan oleh penyelidik HICoE AKUATROP serta pembangunan sistem ternakan IMTAS bagi meningkatkan hasil ternakan pengusaha industri akuakultur negara.

 

Program keempat yang ditampilkan di dalam klip ini adalah Kesihatan Shellfish dan Jaminan Kualiti Makanan.  Program ini memberi tumpuan kepada kawalan kesihatan, diagnosis dan rawatan kepada ternakan akuakultur kearah menghasilkan produk dan hasil ternakan akuakultur yang selamat dan jaminan kualiti untuk dimakan.

 

HICoE AKUATROP berharap agar semua program penyelidikan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya  memastikan matlamat utama ke arah kecukupan dan kelestarian makanan negara dapat dicapai. Ini adalah sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
1) Prof. Dr. Mhd Ikhwanuddin AbdullahDirector of Higher Institution Centres of Excellence (HICoE)Institute of Tropical ...

1) Prof. Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah
Director of Higher Institution Centres of Excellence (HICoE)
Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu

  

2) Assoc. Prof. Dr. Marina Hassan
Research Program Coordinator for Shellfish Health and Food Quality Assurance
HICoE AKUATROP 
Universiti Malaysia Terengganu  

 

3) Assoc. Prof. Dr. Liew Hon Jung
Research Program Coordinator for Shellfish Breeding Technology
HICoE AKUATROP,
Universiti Malaysia Terengganu

 

4) Assoc. Prof. Ts. Dr. Nor Azman Kasan
Research Program Coordinator for Shellfish Green Technology
HICoE AKUATROP, 
Universiti Malaysia Terengganu

 

5) Dr. Mohd Fazhan Mohd Hanafiah
Research Program Coordinator for Shellfish Resource Sustainability
HICoE AKUATROP, 
Universiti Malaysia Terengganu
 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Malim Sarjana