Jadual Acara

ADIK-ADIK JAWI

Tarikh: 30/09/2021
Masa: 11:00 AM

User Photo
UTHM
ADIK-ADIK JAWI adalah merupakan aplikasi pembelajaran mudah alih (mobile learning apps) yang dibangunkan atas platform ...

ADIK-ADIK JAWI adalah merupakan aplikasi pembelajaran mudah alih (mobile learning apps) yang dibangunkan atas platform Android.Pembangunan aplikasi ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran (learning experience) Jawi dengan memberikan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.Selain itu, dengan menggunakan kaedah pembelajaran mudah alih ianya secara tidak langsung menyokong konsep pembelajaran 4.0 (education 4.0) yang membenarkan pembelajaran dilaksanakan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Adik-adik Jawi dilengkapi dengan 4 modul utama iaitu mengenal huruf, menyambung huruf, membaca dan ulangkaji dalam bentuk kuiz. Melalui kaedah ini, pembelajaran Jawi yang selalunya dilaksanakan secara tradisional dapat ditransformasikan kepada kaedah digital dengan memberikan penekanan dalam aspek pembelajaran berkesan melibatkan interaksi visual, auditori dan kinestatik.Adik-Adik Jawi disasarkan untuk anak-anak prasekolah dengan harapan anak-anak ini dapat mengenali dan memahami huruf-huruf Jawi. Seterusnya dapat membaca tulisan jawi dan sebagai permulaan untuk belajar membaca Al Quran. Namun demikian, ianya juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Jawi.Ketua Penyelidik:Ts. Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali (https://community.uthm.edu.my/hatta)Ahli-ahli lain:En Mohd Suhaimi Bin Md YasinEn Muhammad Afiq Amir Md AmirEn Abdul Azim Ab MalikEn Ahmad Syamim Mohamad NorMaklumat lanjut boleh dilayari di laman web Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di http://icc.uthm.edu.my atau hubungi kami di talian 07-4538526

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Ts. MOHD HATTA BIN MOHAMED ALI @ MD HANI - KETUA JABATAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, PUSAT ...

Ts. MOHD HATTA BIN MOHAMED ALI @ MD HANI - KETUA JABATAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA.PENYELIDIK UTAMA, ICT AS ENABLERS, PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA, UTHM

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi