Jadual Acara

Wise Start Kit

Tarikh: 27/07/2021
Masa: 11:00 AM

User Photo
UPSI
-Wise Start kit di bina berdasarkan pengalaman pendidik NCDRC sebagai panduan kepada pendidik dan ibubapa ...

-Wise Start kit di bina berdasarkan pengalaman pendidik NCDRC sebagai panduan kepada pendidik dan ibubapa untuk menjalankan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. -Wise start kit dibina berdasarkan 4 tahap perkembangan kanak-kanak iaitu: 0-12 bulan, 1-2 tahun, 2-3 tahun, 3-4 tahun berdasarkan 6 bidang pembelajaran berdasarkan kurikulum permata negara -Wise Start kit mengandungi 4 modul, 120 aktiviti dan disertakan 48 set bahan untuk aktiviti yang boleh terus digunakan oleh kanak-kanak. Aktiviti2 yang terdapat di dalam kit ini selari dengan elemen2 yang terdapat di dalam Sistem Data Kanak-Kanak Negara (NCDC). NCDC merupakan sistem data yg digunapakai oleh semua taska berdaftar di Malaysia yg merekod perkembangan kanak2 secara menyeluruh. -Wise Start kit juga mempunyai nilai tambah di mana setiap aktiviti ada objektif pembelajaran beserta nilai2 murni yang hendak dicapai. Pendidik atau ibubapa berperanan bukan sahaja sebagai fasilitator tetapi orang bertanggungjawab memperkenalkan kanak-kanak kepada sahsiah yang baik secara hoslistik. -Wise start kit telah didaftarkan dan mempunyai hakcipta serta sedia untuk dipasarkan. Permintaan terhadap kit ini adalah tinggi memandangkan ianya sesuai digunakan oleh kanak-kanak di taksa bersama pendidik atau di rumah bersama ibu bapa. Sehingga kini, lebih 500 unit telah dijual. -Wise start kit juga telah berjaya mendapat beberapa anugerah dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. -Wise start kit adalah sumber bahan pengajaran yg sangat istimewa buah tangan NCDRC. Ianya bilingual (bahasa melayu dan bahasa inggeris), mesra pengguna (dilengkapi kod imbasan untuk panduan pengguna), serta, semua aktivitinya menarik dan mudah.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Profesor Madya Dr. Mazlina Che Mustafa (Pengarah, NCDRC), Profesor Madya Dr. Norazilawati Abdullah (Timbalan Pengarah, ...

Profesor Madya Dr. Mazlina Che Mustafa (Pengarah, NCDRC), Profesor Madya Dr. Norazilawati Abdullah (Timbalan Pengarah, Penyelidikan dan Inovasi, NCDRC)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Malim Sarjana