i-NOTIFIRE SYSTEM

3908 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
POLI/KK
VIDEO INOVASI i-NOTIFIRE SYSTEM INI DIHASILKAN DENGAN PERKONGSIAN BERMULA DARIPADA BAGAIMANA CETUSAN IDEA PENGHASILAN PRODUK ...

VIDEO INOVASI i-NOTIFIRE SYSTEM INI DIHASILKAN DENGAN PERKONGSIAN BERMULA DARIPADA BAGAIMANA CETUSAN IDEA PENGHASILAN PRODUK INOVASI DIPEROLEHI DIIKUTI KAJIAN SERTA TEMUBUAL-TEMUBUAL YANG DIJALANKAN UNTUK MENDAPATKAN DATA DAN MENETAPKAN SASARAN PROJEK. PEMBANGUNAN DAN PENGHASILAN PRODUK DITERANGKAN DENGAN TERPERINCI AGAR DAPAT MEMBANTU PENONTON MEMAHAMI KONSEP SERTA KEPENTINGAN ALAT INI.
Abstak:
Berdasarkan statistik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), rumah kediaman berada di kedudukan teratas mengalami kebakaran setiap tahun dan kerugian mencecah RM5 bilion. Ini kerana JBPM tidak menerima notifikasi terus tentang kebakaran rumah kediaman berlainan dengan hospital atau hotel yang menyediakan sistem penggera kebakaran terus ke JBPM yang pemasangannya mahal dan kompleks. Proses tapisan panggilan palsu oleh MERS menjadi punca kelewatan maklumat diterima dibalai bomba berdekatan. Objektif penghasilan i-Notifire System adalah bertujuan menyediakan sistem penggera kebakaran mampu menyampaikan notifikasi tepat dan pantas, mempercepatkan tindakan menyelamat, menyediakan langkah pencegahan kebakaran yang dikawal dari jauh dan boleh berintegrasi dengan peranti yang sedia ada dipasaran. Sistem ini dibangunkan menggunakan nodeMCU diintegrasi dengan aplikasi Blynk sebagai komponen utama. Jika parameter kebakaran (asap/haba) dikesan, pengguna akan menerima notifikasi terus kepada Android melalui internet(Blynk) atau sms seterusnya dapat mengaktifkan alat pencegahan kebakaran dari jauh. Sistem ini dilengkapi peta lokasi kebakaran selain memberi maklumat tentang parameter semasa. Dengan penggunaan i-NotiFire System, pengguna menerima maklumat yang tepat dan pantas. Pencegahan awal dapat diambil justeru mampu mengurangkan risiko kemalangan jiwa, kerugian harta benda, kadar panggilan palsu dan tempoh menyelamatkan mangsa. Dengan rekaan yang kompak dan efektif, masyarakat mampu memilikinya dengan harga yang rendah. Kepelbagaian fungsi produk boleh ditingkatkan dengan mewujudkan sistem secara artificial intelligence yang boleh menganalisis dan mencadangan tindakan yang perlu diambil pengguna bagi mengawal kebakaran. Produk ini mendapat sokongan padu dari JBPM dan masyarakat menunjukkan ia sangat berpotensi untuk dipasarkan.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
NAMA:NOR FIRDAUS BT ZAKARIA@MUHAMADEMAIL:norfirdaus.pkt@celt.edu.myH/P:60179185381INSTITUSI:POLITEKNIK KUALA ...

NAMA:
NOR FIRDAUS BT ZAKARIA@MUHAMAD
EMAIL:
norfirdaus.pkt@celt.edu.my

H/P:
60179185381
INSTITUSI:
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
JAWATAN:
KETUA PROGRAM JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KELAYAKAN:
SARJANAMUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN
KEPUJIAN-UTHM(2008)
BIDANG KEPAKARAN:
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
Proses Pembentangan Pembangunan & Pencapaian Produk:
1) Seminar Perkongsian ilmu kolaborasi nusantara Politeknik Negeri Padang indonesia 2018
2) International Malaysian Academic Association Congress Symposium 2019 (IMMACs2019)
3) Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET peringkat Kebangsaan
4) Konvensyen KIKHB 2020 peringkat kebangsaan
5) Asia International Innovation Exhibition 2020 (AIINEX2020)

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi