MENGENALI PENERBIT UMS

4080 dilihat - 2 tahun yang lepas

Default Photo
UMS
Unit Penerbitan, UMS telah mula beroperasi sejak penubuhan UMS seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan UMS 1998 (...

Unit Penerbitan, UMS telah mula beroperasi sejak penubuhan UMS seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan UMS 1998 (Seksyen6 (1) (h) yang berbunyi “Menubuhkan percetakan universiti dan menerbitkan buku-buku dan bahan-bahan lain:.

Pada 15 Julai 2014 Unit Penerbitan UMS dijenamakan semula sebagai “Penerbit UMS”. Mulai dari tarikh itu nama Unit Penerbitan diubah ke Penerbit UMS. Pelbagai kejayaan telah diiktiraf antaranya Anugerah Perdana Penerbit Terbaik (Agensi Kerajaan) di Anugerah Buku Negara tahun 2015.

Penubuhan Unit Penerbitan Universiti Malaysia Sabah ditubuhkan bagi bertujuan menerbitkan pelbagai genre buku dan bahan-bahan lain yang kebanyakannya adalah penyelidikan dan penulisan kakitangan akademik. Sejak penubuhannya, pelbagai buku telah diterbitkan oleh Penerbit UMS antaranya bidang etnisiti, sejarah, budaya dan sosio-ekonomi negeri Sabah/Borneo, pendidikan, kaunseling, sejarah maritime borneo, perubatan dan lain-lain. Jenis-jenis penerbitan pula meliputi buku ilmiah, monograf, buku umum, buku teks, jurnal, karya dedikasi (festschrift), buku mewah dan buku penerbitan khas. Untuk meningkatkan kualiti penerbitan buku sesuai dengan imej penerbit ilmiah, Penerbit UMS amat mengambil berat isu-isu plagiarisme, tatabahasa, format dan kualiti cetakan buku.

Dasar berkaitan pemasaran buku terbitan UMS pula menumpukan kepada usaha-usaha menyebarluas penerbitan UMS ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mengkukuhkan keterlihatan UMS sebagai penerbit ilmiah. Walaupun tidak menumpukan kepada keuntungan semata-mata, penerbitan UMS juga berperanan sebagai salah satu sumber penjanaan pendapatan universiti tanpa mengabaikan core business universiti sebagai penerbit institusi pengajian tinggi awam.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang

Professor Madya Dr Asmiaty Amat

Pengarah, Penerbit UMS

 


Kategori Program
Resensi Karya