Inovasi: Projek Gegar Gamat UKM Siri 3

3374 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UKM
Program Your Language My Culture (YLMC) merupakan usaha untuk mengangkat kandungan budaya dan warisan Terengganu ...

Program Your Language My Culture (YLMC) merupakan usaha untuk mengangkat kandungan budaya dan warisan Terengganu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk anak-anak Terengganu. Dalam konteks ini, pembelajaran bahasa Inggeris diterapkan melalui budaya ke arah usaha mengekalkan identiti. Bahan bacaan tambahan yang disediakan oleh barisan penyelidik multidisiplin di UKM dan diketuai oleh Almarhumah YBhg. Prof Dato’ Zawiah Yahya dari IKMAS telah mendapat sokongan padu daripada rakan strategik iaitu Yayasan DiRaja Sultan Mizan sebagai pemberi dana dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). 

 

Hasil kajian juga menunjukkan pendekatan unik UKM yang dikenali sebagai YLMC Culture Matrix telah membangunkan Model Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan bahan lokal. YLMC Culture Matrix adalah berteraskan empat trek iaitu Heritage, About Language, Literature serta Values and Societies. Empat trek ini adalah teras pembangunan modul bahan bacaan tambahan untuk tingkatan 1 hingga 3. Keunikan sastera, rekabentuk seni, seni budaya, makanan, cerita rakyat, tradisi, warisan, bahasa, nilai dan masyarakat, tokoh anak Terengganu dan lain-lain aspek mengenai Terengganu telah ditonjolkan dalam bahan bacaan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris. 

 

Sehingga kini, program ini telah berjaya melatih sejumlah 37 Jurulatih Utama dan 200 Jurulatih yang terdiri daripada pegawai pendidikan daerah dan guru bahasa Inggeris. Ia telah dilaksanakan di 54 buah sekolah YLMC dan dianggarkan telah melibatkan hampir 70,000 pelajar sekolah menengah di kawasan bandar, luar bandar, FELDA, tepi pantai dan sekolah elit.  Program pembelajaran bertunjangkan budaya tempatan seperti ini dilihat boleh disesuaikan mengikut budaya di negeri-negeri lain sebagai strategi menarik minat pelajar untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

 

Masyarakat Orang Asli(OA) merupakan sebahagian daripada etnik yang ada di Malaysia selain daripada kaum Melayu,China dan India. Tahap pendidikan dan sosio ekonomi Masyarakat Orang Asli masih kurang memuaskan terutama yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari segala kemudahan. Hasil kajian mendapati, kesedaran kepada kepentingan pendidikan dan kesihatan  juga masih rendah. Bagi masyarakat Orang Asli yang telah memeluk agama Islam, tahap pemahaman dan pengamalan ajaran agama juga masih kurang memuaskan.

            Oleh itu, bagi membantu Masyarakat Orang Asli meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup, sekumpulan pakar penyelidik Orang Asli UKM yang terdiri daripada bidang kesihatan, ekonomi, agama, psikologi, sosiologi dan pendidikan telah membuat kajian bagi membantu dalam meningkat kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Antara projek penyelidikan yang terlibat dalam penghasilan video ini adalah:

  1. Eco-Home Village Resort to Enhance Sustainability of the OA Kg Kachau Luar, Semenyih(EP-2018-006)-Prof.Madya Dr Doris Padmini,FEP (Ekonomi)
  2. Pembinaan Profil Komuniti Orang Asli Kelantan (PP-2017-001)-Prof.Madya Dr Abdul Ghafar Hj Don,FPI(Agama)
  3. Peningkatan Kualiti Hidup Saudara Baru Orang Asli(UKM-GUP-TKS-07-08-059)-Prof.Dr Fariza Md Sham, Institut Islam Hadhari,UKM(Spiritualiti)
  4. Pembangunan Modul Pendidikan (AP-2017-004/3)- Prof.Madya Dr Hamidah Hamat, FPEND(Pendidikan)
  5. Program Sukarelawan Jom Sihat Bersama OA di Kampung OA Kuala Pangsun,Hulu Langat(FFFK 6493)- Prof.Madya Dr Aniza Ismail,FPER(Kesihatan)
  6. Redefining the Well-being of the Orang Asli of Peninsular Malaysia and Bencmarking against the Maori of New Zealand (FRGS/1/2015/SS04/UKM/02/1-Dr Vivean W.C. Yew,FSSK(Eko Pelancongan)

Daripada kajian ini, kumpulan penyelidik  terus bergerak memberi khidmat sukarelawan yang menfokuskan  aspek kesihatan, keagamaan, agama, ekonomi dan eko pelancongan.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Prof. Dato’ Dr. Rashila RamliKetua Penyelidik Program Your Language My Culture (YLMC) Prof. Ir. ...

Prof. Dato’ Dr. Rashila Ramli

Ketua Penyelidik Program Your Language My Culture (YLMC)

 

Prof. Ir. Dr. Mohd Sobri bin Thakriff

Ketua Penyelidik Gegar Gamat- KRA-2018-009

 

Prof. Dr. Fariza Md Sham

Penyelaras Kumpulan Penyelidikan Masyarakat Orang Asli UKM

 

 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi