RESENSI BUKU PUTERA RAJA DI BUMI SINTOK
 

4062 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UUM
Program ini memberi gambaran secara langsung kepada penonton tentang kandungan dan pengalaman penulis semasa menghasilkan ...

Program ini memberi gambaran secara langsung kepada penonton tentang kandungan dan pengalaman penulis semasa menghasilkan buku mewah ini. Buku ini menceritakan mengenai kisah hidup, kronologi dan liku-liku kehidupan KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dari awal keputeraan baginda.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
DR. MOHD KASRI SAIDONDr. Mohd Kasri Saidon anak kelahiran Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah ...

DR. MOHD KASRI SAIDON
Dr. Mohd Kasri Saidon anak kelahiran Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Kangkong, kemudian menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Akademi Jaya dan Sekolah Menengah Jitra. Mula berkhidmat sebagai guru pada penghujung tahun 1980-an setelah lulus Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Mendalami bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) sehingga memperolehi Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Bergerak aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) sebagai Ketua Biro Kajiselidik. Sekarang beliau berkhidmat di UUM sebagai Pengarah Muzium Pengurusan dan juga sebahagian dari tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden.


PROF. DR. RAM AL JAFFRI SAAD
Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad merupakan anak jati negeri Kedah yang kini bertugas di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM). Pada masa ini, beliau merupakan Pengarah Penerbit UUM. Beliau telah mengarang lebih enam buah buku akademik dalam bidang perakaunan kewangan dan perakaunan zakat serta menerbitkan lebih daripada 50 artikel dalam jurnal akademik. Beliau merupakan ahli Persatuan Akauntan Malaysia dan ahli Persatuan Akademik Akauntan Asia selain menjadi Felo Penyelidik Antarabangsa bagi Pusat Kajian Pembangunan Ekonomi, Durumi Abuja, Nigeria serta Felo Bersekutu di Pusat Kajian Philantropi Islam dan Kewangan Sosial. Bidang kepakarannya ialah perakaunan zakat, institusi zakat dan gelagat perakaunan. Ini termasuk semua aspek tingkah laku dalam mana-mana disiplin perakaunan.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Resensi Karya