Inovasi: Projek Gegar Gamat UKM Siri 1

2336 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
UKM
Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTREM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) aktif dalam melakukan ...

Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTREM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) aktif dalam melakukan kajian praklinikal dan translasi klinikal yang merangkumi pelbagai bidang termasuk kejuruteraan biokardivaskular, kejuruteraan biosaluran pernafasan, teknologi sel stem, kejuruteraan biorangka saraf, teknologi biomaterial berfungsi dan kejuruteraan tisu kulit serta sekretom. Proses dan teknik yang dinamakan MyDerm™ ialah hasil daripada penyelidikan selama lebih 10 tahun oleh Pusat Kejuruteraan Tisu UKM . Ia merupakan kulit gantian yang diperbuat daripada komponen darah (iaitu protein fibrin) dan sebahagian kecil kulit pesakit. Teknologi MyDerm ™ telah dipatenkan di Malaysia dan luar negara, membolehkan Cell Tissue Technology menjadi satu-satunya syarikat yang boleh mengkomersialkan produk perubatan seumpama MyDermTM. Menariknya, Cell Tissue Technology mensasarkan untuk menghasilkan lebih banyak produk perubatan berteknologi tinggi yang bukan saja menjurus kepada kulit tetapi hampir ke semua organ tubuh manusia. Paten MyDerm juga sudah dipasarkan untuk pengkomersialan produk bagi merawat ulser kaki kencing manis, kulit melecur dan trauma.

 

Kejayaan pembangunan teknologi sisa sifar bagi industri sawit negara oleh kumpulan penyelidik di Kursi Pembangunan Lestari Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sime Darby: Teknologi Sisa Sifar, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Loji Rintis Teknologi Sisa Sifar, Kilang Kelapa Sawit, Tennamaram, Batang Berjuntai, Selangor Darul Ehsan. Loji Rintis Teknologi Sisa Sifar menampilkan integrasi pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh penyelidik-penyelidik UKM dalam usaha mentransformasi kilang minyak sawit kepada sebuah kilang yang mampan dan mesra alam. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan teknologi sisa sifar mendapat sokongan penuh pihak Sime Darby dalam bentuk kewangan berjumlah RM21.6 Juta dan penglibatan langsung jurutera-jutera mereka. Penglibatan secara langsung pihak industri dalam program pembangunan lestari Teknologi Sisa Sifar adalah amat penting bagi memastikan teknologi yang dibangunkan adalah relevan dan memenuhi keperluan industri kini. Loji Rintis ini adalah kesinambungan dari aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang telah berjaya dilaksanakan di makmal-makmal penyelidikan di UKM, yang memfokus  kepada beberapa bidang teras strategik bagi penghasilan tenaga boleh diperbaharui, pemerangkapan gas karbon dioksida, penghasilan baja organik dan kitar semula pengunaan air  dari air kumbahan dan sisa pepejal yang terhasil dalam pemprosesan minyak sawit.  Pembangunan teknologi sisa sifar ini juga membuktikan betapa pentingnya kerjasama erat diantara pihak industri dan universiti dalam usaha untuk menjadikan industri sawit Malaysia mampan dan mesra alam.

 

 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Prof. Ir. Dr. Mohd. Sobri Takriff (FKAB)Ketua Penyelidik Teknologi Sisa Sifar UKM Prof. ...

Prof. Ir. Dr. Mohd. Sobri Takriff (FKAB)

Ketua Penyelidik Teknologi Sisa Sifar UKM

 

Prof. Dato Dr. Ruszymah Idrus

Ketua Penyelidik MyDerm™ UKM

 

 

 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi