Social Enterprise Programme (Ikan Bekok) dan INSOLER

4473 dilihat - 2 tahun yang lepas

Default Photo
UMK
Social Enterprise Programme (Ikan Bekok)Social Enterprise Programme (Ikan Bekok) atau Program Usahawan Sosial (Ikan ...

Social Enterprise Programme (Ikan Bekok)

Social Enterprise Programme (Ikan Bekok) atau Program Usahawan Sosial (Ikan Bekok) dengan singkatannya SEP (IB) merupakan salah satu skim geran daripada UMK-MOF yang dijalankan di bawah ‘Projek UMK-MoF Keusahawanan Sosial' dengan bimbingan  Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), UMK. SEP (IB) merupakan program yang membantu pengusaha produk tempatan terutamanya yang telah mengusahakan produk hasil laut seperti ikan bekok, keropok, ikan kering dan sebagainya. Program ini dilaksanakan melalui  pemindahan ilmu keusahawanan, kaedah dan tarikan pembungkusan produk hasil laut, penjenamaan produk kemudian sebagai alternatif untuk meningkatkan sumber pendapatan dengan peluang pasaran yang lebih luas kepada pengusaha komuniti setempat.

 

INSOLER

Projek UMK-MoF Keusahawanan Sosial ini bertujuan untuk membantu pengusaha ikan kering di Kelantan melalui penghasilan teknologi intervensi pengeringan ikan yang lebih efisien, bersih, dan bercirikan teknologi hijau. Teknologi intervensi yang dibangunkan dalam projek ini adalah sebuah mesin pengering solar yang sesuai digunakan untuk pengeringan hidupan laut dan juga hasil pertanian. Teknologi pengering solar yang dibangunkan menampilkan beberapa ciri unik dan baharu berbanding dengan pengering solar yang lain di pasaran. Inovasi pengering solar dalam projek ini dinamakan INSOLER dimana ianya menggabungkan pemanasan langsung dan tidak langsung cahaya matahari. Ianya turut dilengkapi dengan sistem pemanasan dan kawalan suhu secara hibrid untuk memastikan suhu dan kelembapan dalam rumah pengeringan malar seperti yang dikehendaki. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Tanah Kelantan dan Pengusaha ikan kering Kelantan. Program ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan pengusaha ikan kering sekurang-kurangnya dua kali ganda berbanding pendapatan sekarang ini. Pendekatan bimbingan dan latihan akan diamalkan untuk memastikan pengusaha mahir dalam pengoperasian dan penjagaan mesin INSOLER ini.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
1. Social Enterprise Programme (Ikan Bekok):Ketua Penyelidik:Dr. Tengku Fauzan Tengku AnuaR Ahli:Prof. ...

1. Social Enterprise Programme (Ikan Bekok):

Ketua Penyelidik:

Dr. Tengku Fauzan Tengku AnuaR

 

Ahli:

Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail

Prof. Madya Dr. Azwan Abdullah

Dr. Nurhanan Abdul Rahman

Dr. Hazriah Hassan

Dr. Noor Syuhadah Subki

Dr. Asma Lailee Mohd Nor

Dr. Tuan Muhammad Zukri Tuan Sembok

Encik Mohd Arif Ariffin

Cik Izati Nabila Marzuki

Cik Siti Aishah Attaulah

Puan Wan Suzanna Aafanii Adeeba Wan Ibrahim

Puan Siti Asma Md Rasdi

Encik Hafizi Mat Salleh

 

RO Projek:

Cik Nurul Syahida Mat Hussin

RA Projek:

Cik Tuan Nor Uzma Tuan Yazid

 

2. INSOLER

Ketua Penyelidik:

Prof. Madya Dr. Jidon Adrian Janaun

 

Ahli:

Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah 

En. Sarizam bin Mamat

Dr Mazlan bin Mohamed

Dr. An’amt bin Mohamed Noor

Prof. Madya Ts. Dr. Nancy Julius Siambun

Dr. Tham Heng Jin

Cik Adeline Tan Shu Ting

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi