JORaN- Be the Creator of Your Future

3817 dilihat - 2 tahun yang lepas

User Photo
USM
JORaN- Be the Creator of Your Future Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan aplikasi ...

JORaN- Be the Creator of Your Future

 

Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan aplikasi yang memberi peluang pekerjaan secara sambilan dalam kalangan penuntutnya pada 3 September 2019. Aplikasi ini dikenali sebagai ‘Job Opportunity Recruitment and Networking’ ataupun JORaN yang dibangunkan sejak April 2019 sebagai suatu inisiatif daripada Timbalan Naib Canselor USM, Profesor Dr Aldrin Abdullah. 

 

Aplikasi ini merupakan aplikasi ciptaan USM pertama yang boleh dimuat turun oleh pelajar USM daripada Google Play dan juga AppStore iOS. JORaN mempunyai hampir 30 kategori pekerjaan dan ia akan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, aplikasi ini telah membantu seramai 400 orang pelajar untuk menjana pendapatan sampingan sejak tahun 2020. Contoh pekerjaan sambilan yang ditawarkan adalah seperti fotografer, pereka poster, kerani pusat pengajian, pereka web dan lain-lain.  Usaha ini nescaya dapat melatih penuntut universiti supaya lebih berdikari dan berupaya. 

 

Salah satu keunikan aplikasi ini ialah majikan boleh sentiasa mengetahui progres tugasan yang diberikan kepada pekerja sampingannya melalui paparan susulan (dashboard) dan system berbual dalam aplikasi JORaN. Selepas seseorang pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan, majikan boleh memberi penilaian kepada pelajar tersebut. (Ratings and Endorsement) 

 

Dari awalnya, JORaN dibangunkan oleh tiga orang mahasiswa USM, Asamoah Kwaku Acheampong (Pusat Pengajian Sains Komputer), Danny Hartanto (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia) dan Lai Beng Keong (Pusat Pengajian Sains Komputer) dengan pemantauan daripada pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Prof. Madya Nurul Hashimah Ahamed Hassain Malim.

 

Baru-baru ini, aplikasi JORaN telah dianugerahkan dengan pengiktirafan antarabangsa iaitu “Malaysia Technology Award for Education” di Singapore Business Review.


 

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Profil Pembentang
Prof. Dr. Aldrin Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Selangor. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda ...

Prof. Dr. Aldrin Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Selangor. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang (BSc) Perumahan, Bangunan dan Perancangan, (BA) Seni Bina dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga pemegang Ijazah Sarjana (Masters) dari University of Sheffield, UK. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan beliau dalam bidang kedoktoran di university tersebut. Selepas tamat, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia bermula tahun 1999 sehingga sekarang.

Prof. Dr. Aldrin telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya pada tahun 2004, seterusnya menjadi seorang Profesor pada tahun 2015. Sepanjang 20 tahun berkhidmat di USM, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Dekan dan kemudian menjadi Dekan untuk Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni bermula 1 Mac 2019 hingga 28 Februari 2022.

Selain daripada tanggungjawab utama beliau sebagai seorang Profesor dan Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Aldrin juga aktif dalam aktiviti komuniti dan kemasyarakatan, dan beliau telah banyak membantu dalam mereka bentuk banyak ruangan awam. Dedikasi dan kerja keras beliau telah diiktiraf oleh university apabila beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2002, 2005, 2017 dan 2019.

Baca Seterusnya Baca Sedikit

Kategori Program
Inovasi